Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

e-sukan norma baharu galak pelajar hadir ke sekolah

Wakil dari empat buah sekolah diraikan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sempena majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Generasi E-Sukan Sekolah Selangor pusingan kedua anjuran kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Selangor dan GenBijakDotMy yang ditaja oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan realme.

Generasi E-Sukan Sekolah Selangor (GES) mempertandingkan permainan PubG dan Mobile Legends terbuka kepada semua sekolah menengah dan rendah di Negeri Selangor sahaja. Pertandingan ini adalah modus operandi baru bagi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) meningkatkan tahap kehadiran murid ke sekolah.

Keseronokkan bermain e-sukan secara sihat boleh menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah.

Hanya pelajar yang mempunyai rekod kehadiran cemerlang sahaja dibenarkan untuk mewakili sekolah ke pertandingan e-sukan secara atas talian yang diadakan sebanyak enam fasa dan sekarang sudah pun memasuki fasa kedua dan dijangka berakhir pada Januari tahun hadapan.

Pertandingan ini diadakan secara atas talian sepenuhnya bagi mendukung aspirasi digital Malaysia dan pada masa yang sama mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Kemunculan IR4.0 dengan kepelbagaian teknologi sehingga kita tidak boleh mengawal generasi muda dari bermain e-sukan tetapi kita harus memandu keghairahan mereka bermain sukan ini secara positif dan pada masa yang sama kita mendidik mereka tentang kaedah bermain e-sukan secara sihat menerusi GES.

GES menjadi platform bagi Persatuan Sukan Elektronik Negeri Selangor mencari atlet e-sukan bagi mewakili negeri Selangor ke kejohanan nasional mahu pun antarabangsa dan sekaligus menidakkan stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap sukan ini.
GES 2.0 disertai lebih dari 500 buah sekolah di seluruh Selangor dan merekodkan sebanyak 7921 penyertaan pelajar yang melibatkan 1787 pasukan.

Hadiah terkumpul tajaan TM dan realme adalah bernilai RM36,000 termasuk barangan elektronik yang menanti para pemenang.

Tajaan ini sebagai simbolik tanggungjawab sosial koprat mereka bagi bersama-sama mendukung agenda digital Malaysia.

Jumlah Penyertaan Program GES 2.0 adalah seperti berikut :

PubG Sekolah Menengah
Pasukan: 489 Pemain: 1956

PubG Sekolah Rendah
Pasukan: 265 Pemain: 1060

MLBB Sekolah Menengah
Pasukan: 773 Pemain: 3865

MLBB Sekolah Rendah
Pasukan: 260 Pemain: 1040

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.