Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Geek Fam Wakil Tunggal Malaysia di PUBG Mobile World Invitational (PMWI) East 2021

Geek Fam Wakil Tunggal Malaysia di PUBG Mobile World Invitational (PMWI) East 2021 3
Selepas 4 hari penuh perlawanan sengit antara pemain, Kejohanan PUBG Mobile World Invitational (PMWI) East 2021 akhirnya telah melabuhkan tirai.

PUBG Mobile World Invitational (PMWI) East 2021 telah berlangsung pada 22 hingga 25 Julai 2021, seramai 16 pasukan dari seluruh Asia bersaing untuk merebut takhta terbesar iaitu memenangi kejohanan amal PUBG termasyhur yang dianjurkan oleh Tencent dengan kerjasama Gamers Without Borders.

Kejohanan ini telah disertai pasukan-pasukan ternama PUBG Mobile seluruh dunia dan Geek Fam terpilih sebagai wakil sulung Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dengan konsistensi sebagai kekuatan mereka, Geek Fam telah dipilih berdasarkan atas kedudukan pasukan mereka yang menakjubkan, disamping mempamerkan prestasi terbaik sejak bermulanya PUBG Mobile Pro League (PMPL) Musim ke-3.

Selain itu, pada kejohanan  The PUBG Mobile World Invitational (PMWI) East 202, Geek Fam berjaya meraih ‘Winner Winner Chicken Dinner’ pada hari pertama, Perlawanan ke-3 dengan mencatatkan 11 ‘kills’.

Tambahan pula, ketua pasukan iaitu DamRude, berjaya meraih kedudukan ke-3 dalam senarai Kill Leader pada hari pertama kejohanan.

Hadiah sebanyak USD $3.16 juta menjadi rebutan yang mana ianya disumbangkan kepada perbadanan amal pilihan Gamers Without Borders.

Geek Fam menyumbangkan sebanyak USD $61,500 kepada organisasi UNICEF, dimana objektif mereka kini sebaris dengan misi Gamers Without Borders untuk mengagihkan vaksin kepada negara-negara yang kurang berkemampuan, yang terdiri daripada komuniti-komuniti yang terus berada dalam keadaan sukar akibat kesan daripada keadaan pasca-pandemik yang bakal menyusul.

Selepas 4 hari kejohanan yang intensif, PWMI 2021 akhirnya menobatkan Team Valdus Esports dari Thailand sebagai juara kejohanan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.