Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aktifkan Akaun ShopeePay Premium dan terima bonus RM 5 – terbuka kepada yang berusia 18-20 tahun sahaja

Aktifkan Akaun ShopeePay Premium dan terima bonus RM 5 - terbuka kepada yang berusia 18-20 tahun sahaja 3
ShopeePay kini sedang menjalankan kempen
Activate ShopeePay Premium mulai sekarang sehingga 31 Mei yang disasarkan kepada pengguna berusia 18 hingga 20 tahun yang bakal menerima kredit eBelia bernilai RM 150 dimana ShopeePay adalah adalah satu platform yang menawarkan kemudahan penebusan kredit ini.

Melalui kempen ini, golongan belia yang berusia 18 hingga 20 tahun ini akan menerima bonus bernilai RM 5 apabila melalui pengesahan akaun ShopeePay menggunakan kad pengenalan mereka (NRIC).

 Selepas proses pengesahan ini dilakukan, pengguna akan menerima kredit RM5 ini didalam akaun ShopeePay mereka dalam masa 5 hari bekerja.

 ShopeePay adalah satu sistem pembayaran tanpa tunai yang kini juga boleh digunakan di pelbagai perkhidmatan offline seperti Black Whale, Tealive, myNEWS, Carl’s Jr, Boat Noodle, TGI Fridays, Kenny Rogers Roasters, Caltex, MR DIY dan Mydin.

 Selain itu, Shopee juga telah mengumumkan bahawa golongan belia yang memilih untuk menebus kredit eBelia RM 150 melalui ShopeePay akan turut menerima pelbagai insentif tambahan.

 Anda boleh mengaktifkan akaun ShopeePay Premium hari ini di – https://shopee.com.my/m/activate-verify-shopeepay

Kredit eBelia RM 150 yang diumumkan sebelum ini boleh ditebus mulai 1 Jun 2021 dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh diketahui di : Program eBelia – tebus kredit RM 150 percuma anda mulai 1 Jun 2021

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.