Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Watch Cyberpunk 2077 dilancarkan – hadir dengan pengecas tangan robotik yang menarik

OnePlus Watch Cyberpunk 2077 dilancarkan - hadir dengan pengecas tangan robotik yang menarik 9Jam pintar OnePlus yang pertama iaitu OnePlus Watch telah dilancarkan secara rasmi beberapa bulan lalu bersama-sama OnePlus 9 Series dan kini syarikat ini telah mengumumkan penawaran OnePlus Watch edisi terhad Cyberpunk 2077.

OnePlus Watch Cyberpunk 2077 dilancarkan - hadir dengan pengecas tangan robotik yang menarik 10

OnePlus Watch edisi terhad Cyberpunk ini hadir demgan tali jam berwarna hitam dan kuning dan terdapar juga elemen berwarna kuning pada rangka.

OnePlus Watch Cyberpunk 2077 dilancarkan - hadir dengan pengecas tangan robotik yang menarik 11

Selain itu, jam pintar ini juga hadir dengan wallpaper bertemakan Cyberpunk, ikon dan animasi juga berlainan dari OnePlus Watch yang biasa.

OnePlus Watch Cyberpunk 2077 dilancarkan - hadir dengan pengecas tangan robotik yang menarik 12

Walaubagaimanapun, paling mencuri tumpuan anda edisi terhad OnePlus Watch Cyberpunk 2077 ini juga hadir dengan tangan robotik yang boleh digunakan sebagai pengecas dan tempat menyimpan jam tersebut.

Lain-lain spesifikasi OnePlus Watch edisi terhad Cyberpunk 2077 ini adalah sama seperti OnePlus Watch yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699.

Mulai 1 Jun 2021, peminat OnePlus di China boleh membeli OnePlus Watch Cyberpunk 2077 dan ianya hadir dengan harga CNY 1,299 (RM 840).

Buat masa ini masih belum ada maklumat samada OnePlus Watch Cyberpunk akan memasuki pasaran antarabangsa atau tidak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.