Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TSMC sudah mula mengeluarkan cip pemprosesan Apple A15 Bionic bagi iPhone 13 Series


Pembekal cip pemprosesan bagi Apple iaitu TSMC secara rasminya telah memulakan proses pengeluaran Apple A15 Bionic bagi Apple iPhone 13 Series yang akan dilancarkan pada bulan September.

Apple A15 Bionic akan menggunakan proses fabrikasi 5nm yang sama seperti Apple A14 Bionic namun cip generasi baharu ini akan hadir prestasi yang lebih baik dan lebih efisien.

Selain daripada cip pemprosesan yang baharu, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dijangka akan menggunakan skrin paparan LTPO yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan penggunaan panel LTPO juga membolehkan teknologi always-on ditawarkan.

Dua lagi model iPhone 13, iaitu iPhone 13 dan iPhone 13 Mini pula dijangka akan kekal dengan menggunakan skrin paparan OLED 60Hz.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.