Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Vivo V21 – Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 25

Pengenalan

Vivo secara rasminya telah melancarkan Vivo V21 ke pasaran Malaysia dan ianya telah memasuki pasaran Malaysia bersama-sama satu lagi model didalam siri ini iaitu Vivo V21e.

Vivo V21 dilihat sebagai sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada penawaran teknologi selfie terbaik dipasaran khususnya dengan pengunaan sensor 44MP yang lengkap dengan OIS dan mod selfie malam.

Selain itu, perbezaan harga antara Vivo V21 dan Vivo V21e yang minima iaitu hanya RM 300 pasti menimbulkan persoalan model mana yang patut anda beli dan adakah Vivo V21 yang bernilai RM 1,599 lebih berbaloi berbanding V21e.

Vivo Malaysia telah menghantar unit reviu Vivo V21 kepada kami dan ulasan kami ini mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan bagi anda yang berminat mendapatkan telefon pintar terbaru vivo.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 26

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Apabila diambil sahaja daripada kotak, tumpuan kami terus terarah kepada panel belakang Vivo V21 ini yang hadir didalam kemasan gradiasi dwi-tona yang sangat menarik.

Walaubagaimanapun kemasan ini juga mempunyai sedikit kekurangan dimana kesan capjari adalah sangat mudah ‘melekat’ pada panel belakang ini walaupun ianya dilapisi gelas AG Matte yang memberikan satu penampilan yang premium.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 27

Selain itu, Vivo V21 hadir dengan profil yang sangat nipis iaitu hanya 7.38mm dengan berat sekitar 177 gram sahaja.

Ini membolehkan penggunaan telefon pintar ini adalah sangat selesa walaupun dengan hanya sebelah tangan.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 28

Selain itu, pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa yang tampil dengan reka bentuk bergerigi dan butang kelantangan bunyi manakala slot SIM pada Vivo V21 ini diletakkan dibahagian bawah iaitu bersebelahan dengan slot USB-C dan gril speaker.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 29

Beralih kepada skrin, Vivo V21 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Paparan yang ditawarkan pada Vivo V21 ini mempunyai kadar kecerahan maksima 800nits dan panel ini juga mempunyai sokongan HDR10+.

Penggunaan skrin paparan AMOLED juga membolehkan sensor capjari telefon pintar ini diletakkan dibawah skrin.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 30

Selain itu, Vivo V21 juga mempunyai takukan pada bahagian tengah dan ini menempatkan kamera selfie 44MP yang lengkap dengan OIS.

Secara keseluruhanya, skrin paparan yang dimiliki Vivo V21 adalah sangat vivid dan pengalaman menggunakan telefon pintar dengan skrin adalah sangat memuaskan dan imersif.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 31

Pemproses

Vivo V21 hadir dengan cip MediaTek 800U yang juga membawakan teknologi Extended RAM iaitu telefon pintar pertama Vivo untuk hadir dengan teknologi ini.

Extended RAM secara asasnya adalah satu mekanisma yang mana sejumlah storan dalaman (ROM) digunakan sebagai RAM tambahan iaitu sehingga 3GB dan ini menjadikan jumlah RAM yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah 11GB (8GB + 3GB).

Selain itu, penggunaan storan jenis UFS 2.2 yang hampir 100% lebih baik berbanding jenis storan yang digunakan pada Vivo V20 juga amat membantu operasi ‘write and read’ fail pada telefon pintar ini.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 32

Pemproses MediaTek 800U ini menawarkan satu prestasi memuaskan tanpa terlalu banyak isu untuk kegunaan harian kami.

Antaramuka yang digunakan pada Vivo V21 ini adalah FunTouch OS 11.1

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 33

Kamera

Kamera merupakan ciri mercu Vivo V21 baik kamera selfie 44MP OIS ataupun kamera belakang yang terdiri daripada tiga kamera.

Kamera selfie yang ditawarkan pada Vivo V21 ini adalah sensor kamera selfie pertama dipasaran yang memiliki OIS atau Optical Image Stabilization.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 34
Vivo V21 hadir dengan dua lampu flash

Ini membolehkan Vivo V21 mengambil gambar selfie yang baik tanpa gegaran dan juga membantu menghasilkan gambar selfie malam yang lebih baik.

Vivo V21 ini juga hadir dengan ciri rakaman video 4K pada kamera selfie yang pasti diminati oleh vlogger.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 35

Beralih kepada kamera hadapan, Vivo V21 hadir dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor wide-angle 8MP dan sensor super makro 2MP.


Antara muka kamera Vivo V21 ini sangat mudah digunakan dan ianya menawarkan pengguna satu pakej kamera yang setimpal dengan harganya.

Walaupun fokus Vivo V21 adalah pada kamera selfie, kamera belakang yang dimiliki Vivo V21 juga tidak mengecewakan kami.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 40

Bateri

Vivo V21 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang baik.

Secara purata, Vivo V21 dilihat mampu memberikan anda sehingga 6 atau 7 jam waktu skrin secara berterusan yang bermaksud ianya mampu mengharungi satu hari pengunaan tanpa perlu dicaj.

Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan Vivo V21 dengan lebih agresif, bateri 4,000mAh ini ditawarkan dengan sokongan pengecasan pantas 33W FlashCharge yang menawarkan pengecasan sehingga ke tahap 63% didalam masa 30 minit sahaja.

ULASAN : Vivo V21 - Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran 29
Penutup

Vivo V21 terbukti sebagai sebuah telefon pintar yang membawa fotografi selfie ke tahap yang lebih baik khususnya dengan sensor selfie 44MP  OIS yang mana ianya adalah sensor kamera selfie pertama dipasaran untuk hadir dengan OIS.

Vivo V21 ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Dusk Blue dan Sunse Dazzle dengan harga penjualan RM 1,599 sahaja

Dapatkan Vivo V21 di SINI (baucar bernilai RM 100 juga ditawarkan)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.