Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M3 Pro 5G kini rasmi dengan MediaTek Dimensity 700 dan skrin 90Hz FHD+ – harga dari RM 803


Poco secara rasminya telah melancarkan Poco M3 Pro 5G dan pelancaran telefon pintar ini di mulakan dengan pencapaian Poco M3 yang mana sebanyak 3.2 juta unit telefon pintar ini telah terjual sejak pelancaran kira-kira 6 bulan lalu.

Poco M3 Pro 5G kini dilancarkan untuk meneruskan lagi kejayaan telefon pintar ini dan ianya hadir dengan cip 7nm Dimensity 700 dengan GPU Mali G58.

Cip keluaran MediaTek ini juga dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 4GB atau 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 64GB atau 128GB (UFS2.2).

Beralih kepada skrin, Poco M3 Pro 5G hadir dengan skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.5-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan terdapat ciri kadar segar semula Dynamic Switch antara 30Hz-90Hz.

Panel skrin ini juga dilindungi dengan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 3.

Poco M3 Pro 5G inj juga hadir dengan tetapan kamera yang sama seperti Poco M3 iaitu sensor utama 48MP, sensor makro 2MP, sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP yang juga boleh digunakan untuk Face Unlock.


Pada bahagian bateri pula, Poco M3 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 18W dan ianya disertakan dengan adapter 22.5W.

Lain-lain ciri yang dimiliki Poco M3 Pro 5G adalah slot microSD, bicu audio 3.5mm, FM radio, sensor IR blaster, sensor capjari sisi dan MIUI 12 yang berasaskan Android 11.

Berikut adalah harga Poco M3 Pro 5G (Eropah)

Poco M3 Pro 5G 4/64GB – €159 (RM 803)

Poco M3 Pro 5G 6/128GB – €179 (RM 903)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.