Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Expo Teknologi IFA 2021 dibatalkan akibat pandemik Covid-19 yang masih belum reda


Expo Teknologi IFA 2021 yang dijadual berlangsung pada bulan September telah dibatalkan akibat daripada pelbagai ketidaktentuan yang disebabkan oleh pandemik Coronavirus.

Didalam satu siara akhbar, penganjur telah menyatakan bahawa sebab utama pembatalan ini adalah kerana kewujudan varian baru Covid-19 di Asia Selatan dan program vaksinasi global yang masih menjadi tanda tanya.

Isu ini telah menyebabkan banyak syarikat menarik diri daripada turut serta pada expo ini dan perancangan bagi para pengunjung dan media juga akan terjejas kerana syarat perjalanan yang sentiasa berubah.

Selain itu, satu lagi sebab IFA 2021 tidak dapat diadakan adalah ruang pameran ini telah digunakan sebagai pusat vaksinasi dan hospital tambahan untuk satu tempoh yang lebih lama.

Kini penganjur IFA telah mengalihkan perhatian kepada IFA 2022 yang akan berlangsung didalam skala penuh dan dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 6 September 2022.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.