Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 2 Pro dan 3 lagi produk AIoT kini rasmi di Malaysia

realme Watch 2 Pro dan 3 lagi produk AIoT kini rasmi di Malaysia 11

realme secara rasminya telah melancarkan empat lagi produk AIoT ke pasaran Malaysia iaitu realme Smart Watch 2 Pro, realme Buds Wireless 2,  realme Buds Wireless 2 Neo dan realme Pocket Bluetooth Speaker.

realme Watch 2 Pro dan 3 lagi produk AIoT kini rasmi di Malaysia 12
realme Watch 2 Pro

realme Watch 2 Pro adalah satu lagi model jam pintar daripada realme selepas pelancaran realme Watch 2 di Malaysia baru-baru ini.

Ianya hadir dengan skrin paparan 1.75-inci, 90 mod sukan dan juga memiliki GPS terbina (high-precision dual satelite).

realme Watch 2 Pro akan ditawarkan pada harga RM 299 dan ianya akan dijual di semua stor pengedar rasmi realme mulai 29 Mei 2021.

realme Watch 2 Pro akan ditawarkan didalam warna Space Grey dan Metallic Silver.

beli realme Watch 2 Pro di realme Authorised Store

realme Watch 2 Pro dan 3 lagi produk AIoT kini rasmi di Malaysia 13

realme Buds Wireless 2

realme Buds Wireless 2 adalah neckband earphone terbaru daripada realme dan ianya menawarkan pembatalan bunyi ANC sehingga 25dB, Sony LDAC Hi-Res Audio dan sokongan Dart Charge (10 minit pengecasan untuk 12 jam pendengaran).

realme Buds Wireless 2 akan hadir pada harga RM 199 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 129 sahaja pada jualan pertama online di stor rasmi realme di Shopee pada 6 Jun 2021.

realme Buds Wireless 2 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Kandi Yellow dan Kandi Grey.

Beli realme Buds Wireless 2 di Shopee

realme Watch 2 Pro dan 3 lagi produk AIoT kini rasmi di Malaysia 14

realme Buds Wireless 2 Neo

realme Buds Wireless Neo pula merupakan satu neckband earphone yang lebih berpatutan dimana ianya hadir dengan 17 jam pendengaran, mod Super Low Latency 88ms dan menawarkan 10 minit pengecasan untuk 2 jam pendengaran.

realme Buds Wireless 2 Neo akan ditawarkan pada harga RM 99 namun ianya akan ditawarkan pada harga RM 49 sahaja di jualan pertama online pada 6 Jun 2020 di stor rasmi realme di Shopee.

realme Buds Wireless 2 Neo akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Kandi Green, Kandi Black dan Kandi Blue.

beli realme Buds Wireless 2 Neo di Shopee

realme Watch 2 Pro dan 3 lagi produk AIoT kini rasmi di Malaysia 15

realme Pocket Bluetooth Speaker

realme Pocket Bluetooth Speaker adalah pembesar suara kompak yang ditawarkan dengan beberapa ciri menarik seperti 3W Dynamic Bass Boost Driver, Stereo Pairing dan 88ms Super Low Latency.

realme Pocket Bluetooth Speaker akan ditawarkan tidak lama lagi pada harga RM 99 di stor rasmi realme di Shopee.

Anda boleh mendapatkan realme Pocket Bluetooth Speaker didalam dua warna iaitu Desert Grey dan Classic Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.