Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A74 4G tiba di Malaysia 20 Mei ini – harga promosi serendah RM 799 sahaja


Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa Oppo A74 4G akan ditawarkan dipasaran tempatan pada 20 Mei ini dan ianya akan hadir pada harga RM 899 namun terdapat promosi menarik yang ditawarkan di Lazada esok.

Oppo A74 4G adalah sebuah telefon pintar yang berbeza dari Oppo A74 5G dimana ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, Oppo A74 4G juga hadir dengan cip Snapdragon 662 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Kamera yang ditawarkan pada Oppo A74 4G juga sedikit berbeza dimana ianya hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP , sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Pada bahagian bateri, Oppo A74 4G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W yang didakwa antara yang didalam segmen harga ini.

Akhir sekali Oppo A74 4G juga hadir dengan ColorOS 11.1 yang berasaskan sistem operasi Android 11.

Promosi Bagi Oppo A74 4G

Oppo Malaysia menawarkan dua promosi menarik bagi pembeli terawal Oppo A74 4G.

Bagi pembelian di stor rasmi Oppo di Lazada pada harga RM 899 dan setiap pembelian Oppo A74 akan menerima satu unit Oppo Enco W11 (RM 159) dan baucar Lazada bernilai RM 20 (baucar terhad kepada 200 pembeli pertama).

Selain itu, Oppo juga menawarkan diskaun 50% bagi pembelian Oppo Enco Buds (PWP).

Promosi ini hanya sah pada hari pertama jualan di Lazada pada 20 Mei ini.

Dapatkan OPPO 74 4G di Lazada

Selain itu, bagi anda yang ingin mendapatkan Oppo A74 4G sahaja, anda boleh mendapatkanya pada harga RM 799 (RM 100 diskaun) melalui Lazada TechMall.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.