Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 9 Pro Fans Special Gift Bundle bernilai RM 4,299 habis terjual dalam 30 saat sahaja


OnePlus Malaysia telah mengumumkan bahawa OnePlus 9 Pro yang ditawarkan didalam Fans Special Gift Bundle telah habis terjual didalam masa 30 saat selepas jualan dibuka pada 17 Mei lalu di Lazada.

OnePlus 9 Pro Fans Special Gift Bundle ini ditawarkan pada harga  RM4,299 dan ianya terdiri daripada OnePlus 9 Pro (12GB + 256GB), OnePlus Buds, OnePlus Warp Charge 65 Power Adapter, OnePlus Warp Charge 50 Wireless Charger dan OnePlus 9 Pro Karbon Bumper Case.

Walaubagaimanapun menyatakan bahawa kesemua stok OnePlus 9 Pro Fans Special Gift Bundle ini habis, OnePlus Malaysia tidak mendedahkan jumlah unit yang terjual.

Selain OnePlue 9 Pro, OnePlus 9 dan OnePlus Watch juga telah mula ditawarkan di Malaysia dan anda boleh mendapatkanya di Shopee sekarang masing-masing pada harga RM 3,699 dan RM 699.

Dapatkan OnePlus 9 di Shopee

Dapatkan OnePlus Watch di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.