Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V21 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi


Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V21 5G akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan ianya adalah susulan daripada pelancaran Vivo V21 dan Vivo V21e pada bulan April.

Selain itu, Vivo V21 5G ini juga telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang memberikan petunjuk kukuh bahawa pelancaran telefon pintar ini di Malaysia sudah semakin hampir.

Vivo V21

Vivo V21 5G dijangka akan ditawarkan dengan spesifikasi yang hampir sama seperti Vivo V21 4G namun dengan cipset 5G yang mungkin dibekalkan oleh MediaTek iaitu Dimensity 800U.

Selain itu, Vivo V21 5G juga hampir pasti akan hadir dengan teknologi Extended RAM (8GB + 3GB) yang pertama kali digunakan pada Vivo V21.

Buat masa ini, Vivo Malaysia masih belum mendedahkan harga dan spesifikasi penuh Vivo V21 5G ini.

Maklumat lanjut boleh diketahui di Facebook Vivo Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.