Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan rebat RM 200 bagi HUAWEI Vision S 55” dengan membuat pra-tempahan sebelum 12 Mei ini

Dapatkan rebat RM 200 bagi HUAWEI Vision S 55” dengan membuat pra-tempahan sebelum 12 Mei ini 1
Televisyen pintar HUAWEI Vision S telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan jika anda berminat untuk menikmati rebat serta merta bernilai RM 200 bagi pembelian HUAWEI Vision S 55”, tawaran ini akan berakhir pada 12 Mei 2021 (hanya RM 2,799 selepas rebat).

Selain itu, HUAWEI Vision S 65” yang hadir dengan RM 3,999 pula akan menerima hadiah percuma bernilai RM 698 jika pra-tempahan dilakukan sebelum 12 Mei ini.

Ulasan HUAWEI Vision S Series – Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global

Selain itu, sempena Hari Raya Aidilifitri yang bakal tiba, HUAWEI juga akan menawarkan hadiah eksklusif bernilai RM 189 (Entertainment Package) bagi pembelian mana-mana model HUAWEI Vision S sepanjang bulan Mei.

Dalam pada itu, HUAWEI Vision S akan mula tersedia di semua stor HUAWEI dan pengedar rasmi pada 13 Mei ini.

Dapatkan rebat bagi HUAWEI Vision S 55” di :

Huawei Store Online

Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.