Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo umumkan siri telefon pintar flagship Vivo X akan menerima tiga generasi OS Android


vivo secara rasminya telah mengumumkan bahawa  ianya telah memperluaskan sokongan perisian siri flagship Vivo X , yang kini ditawarkan dengan komitmen untuk menerima tiga generasi kemaskini OS Android dan kemaskini keselamatan untuk model terpilih yang dilancarkan selepas Julai 2021.

vivo berazam untuk meningkatkan kepuasan pengalaman telefon pintar kelas flagship yang ditawarkan melalui peranti siri Vivo X dengan memastikan evolusi berterusan berdasarkan trend pengguna yang berkembang dan inovasi perisian baru yang menarik.

Walaubagaimanapun, model siri X premium yang tidak layak juga akan terus menerima kemaskini keselamatan Android secara berkala.

Komitmen kemaskoni OS ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan vivo untuk membawa produk baru dan pengalaman yang pasti memberikan kepuasan  kepada pengguna.

ULASAN : Vivo X60 Pro Malaysia – Snapdragon 870 dan teknologi kamera ZEISS yang berpotensi tinggi

Sebagai salah satu jenama telefon pintar terkemuka di Malaysia, vivo juga telah mula memperkenalkan produknya ke pasaran Eropah bermula pada tahun 2020 dan akan terus berkembang ke lebih banyak pasaran di seluruh dunia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.