Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh digunakan jika anda tidak setuju dengan terma dan syarat baharu syarikat ini


Aplikasi permesejan WhatsApp seolah-olah telah mengeluarkan ‘amaran’ bahawa pemilik akaun yang tidak setuju dengan terma dan syarat selepas 15 Mei ini hanya akan mempunyai akses terhad kepada WhatsApp.

Pada permulaan, anda akan diberikan pelbagai notifikasi kerap untuk bersetuju dengan terma dan syarat baharu ini namun jika di ingkar beberapa kali, WhatsApp tidak lagi akan memberikan akses kepada chat list.

Anda hanya boleh membalas mesej atau panggilan melalui notifikasi yang diterima.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa minggu kemudian, anda tidak lagi akan menerima panggilan atau notifikasi dari WhatsApp yang bermaksud aplikasi ini sudah tidak lagi boleh digunakan.

Dalam pada itu, WhatsApp juga telah mengesahkan bahawa akaun pengguna yang tidak setuju kepada terma dan syarat ini tidak akan dipadam walaupun tarikh akhir yang diberikan adalah 15 Mei 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.