Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Band 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 189 sahaja

Honor Band 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 189 sahaja 7
Selain HONOR MagicBook 15, syarikat ini juga  telah mengumumkan penawaran HONOR Band 6 ke pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 189 sahaja.

Honor MagicBook 15 dengan cip Intel Core i5 (Gen-11) kini di Malaysia pada harga RM 3,699

Honor Band 6 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.47 inci dengan resolusi 368X194.

Skrin ini adalah 148% lebih besar daripada generasi sebelum ini dan ianya memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

Honor Band 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 189 sahaja 8

 Dari sudut kesihatan pula, HONOR Band 6 amat disyorkan kepada pengguna yang menitik berat kecergasan badan kerana menampilkan 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi.

HONOR akan menambahbaik sistemnya ke 96 mod senaman dengan kemaskini pada masa depan.  

 Dengan penularan pandemik Covid-19, gelang pintar ini amat berguna untuk memantau tahap kesihatan kerana dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2).

Peringatan juga akan dikeluarkan sekiranya berlaku degupan jantung tidak normal agar pengguna dapat mengawasi kesihatan jantung.

Selain itu, terdapat ciri tambahan iaitu mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal.

 Mengenai ketahanan bateri pula, HONOR Band 6 menjanjikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal.

Menariknya, pengecasan selama 10 minit juga mencukupi untuk jam kecergasan pintar ini bertahan selama 3 hari.

Honor Band 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 189 sahaja 9

HONOR Band 6 boleh dibeli secara pra-pesanan di platform e-dagang Lazada mulai hari ini hingga 12 Mei 2021.

HONOR Band 6 akan hadir dengan harga RM189 dan ianya boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Pra-tempah Honor Band 6 di Lazada (percuma Honor Vacumn Mug bagi 30 pembeli pertama).

Mulai 13 Mei ini, jualan rasmi HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6 akan dilancarkan di semua outlet fizikalHONOR Experience Stores seluruh negara termasuk platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.