Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme catat nama didalam The Malaysia Book of Records kerana memiliki cetakan gambar 108MP terbesar dari sebuah telefon pintar

realme catat nama didalam The Malaysia Book of Records kerana memiliki cetakan gambar 108MP terbesar dari sebuah telefon pintar 9
realme Malaysia telah mengumumkan satu lagi usaha Dare To Leap yang mempamerkan keterangan dan gambar resolusi tinggi yang diambil menggunakan realme 8 Pro yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

realme catat nama didalam The Malaysia Book of Records kerana memiliki cetakan gambar 108MP terbesar dari sebuah telefon pintar 10

Gambar 108MP yang diambil oleh realme 8 Pro ini telah dicetak dan ianya mempunyai ketinggian 16.07 meter manakala lebar adalah 21.5 meter.

Usaha ini telah membolehkan realme Malaysia mencatatkan nama didalam The Malaysia Book of Records kerana memiliki cetakan gambar 108MP terbesar yang diambil oleh sebuah telefon pintar (realme 8 Pro).

realme catat nama didalam The Malaysia Book of Records kerana memiliki cetakan gambar 108MP terbesar dari sebuah telefon pintar 11

Usaha untuk mencatat nama didalam The Malaysia Book of Records bukan sesuatu yang mudah dan ianya adalah hasil daripada usaha pelbagai pihak termasuk realme fans, rakan media dan pekerja realme.

realme catat nama didalam The Malaysia Book of Records kerana memiliki cetakan gambar 108MP terbesar dari sebuah telefon pintar 12

realme 8 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 dan penjualan online pertama di Lazada akan berlangsung pada 11 Mei dimana setiap pembelian telefon pintar ini juga akan menerima realme Watch S bernilai RM 369 secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.