Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 15 dengan cip Intel Core i5 (Gen-11) kini di Malaysia pada harga RM 3,699

HONOR secara rasminya telah melancarkan komputer riba HONOR MagicBook 15 dan jam kecergasan HONOR Band 6 ke pasaran Malaysia dan pra-tempahan bagi kedua-dua produk ini kini telah bermula.

Honor MagicBook 15

Berikut adalah spesifikasi Honor MagicBook 15 yang akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,699 :

  • Skrin paparan FullHD 15.6-inci
  • Pemproses Intel Core i5 (Generasi ke-11)
  • 16GB RAM DDR4
  • Storan 512GB PCIe NVMe SSD
  • Kad grafik Intel Iris Xe Graphics.
  • Berat 1.56kg
  • teknologi pengecasan pantas 65W (0-46% dalam 30 minit).

HONOR MagicBook 15 boleh dibeli secara pra-pesanan di platform e-dagang Lazada mulai hari ini hingga 12 Mei 2021 pada harga RM 3,699 didalam warna Space Grey.

Pelanggan yang membeli HONOR MagicBook 15 di Lazada HONOR Flagship Store juga akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM300 iaitu beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR (40 pelanggan terawal).

Pra-tempah Honor MagicBook 15 di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.