Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis : Program Jaringan Prihatin – berikut adalah cara semakan kelayakan dan penebusan subsidi


Pada pembentangan bajet 2021 tahun lalu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan program Jaringan Prihatin yang merupakan inisiatif kerajaan untuk memberikan akses kepada internet kepada rakyat khususnya golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Program Jaringan Prihatin menawarkan dana subsidi bernilai RM 2 bilion bagi 8 juta rakyat Malaysia yang layak.

Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Maxis iaitu subsidi data internet bulanan bernilai  180 dan subsidi pembelian peranti bernilai RM 300.

Kategori Penerima BPR yang layak

Berikut adalah kategori dan jumlah kelayakan subsidi yang akan diterima :

Kategori 1 – berkahwin dan bujang tanpa anak

Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan (RM180) atau Subsidi 2: Subsidi pakej peranti RM180

Kategori 2- berkahwin dan bujang dengan anak-anak(bawah 18 tahun) Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan (RM180) atau Subsidi 2: Subsidi pakej peranti RM300

Semakan Kelayakan

Dalam pada itu, semakan kelayakan Program Jaringan Prihatin boleh dilakukan aplikasi Hotlink, aplikasi Hotlink Postpaid , aplikasi Maxis dengan menekan (Shop> Program Jaringan Prihatin> Check Egibility atau di https://bpr.hasil.gov.my/.

Apa yang dapat?

Jika anda layak menerima subsidi ini, pelanggan prabayar Hotlink akan menerima kredit bernilai RM 15 sebulan untuk tempoh 12 bulan (RM 180) manakala pelanggan pascabar bayar Maxis pula akan menerima subsidi bil bernilai RM 15 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Selain itu anda juga boleh menebus 2GB internet harian (tempoh 1 jam) melalui aplikasi Hotlink (tekan baner Shop> Jaringan Prihatin> Redeem > tunggu SMS pengesahan) atau kod UMB (*868# > pilih jaringan Prihatin 2GB 1 Jam > Tebus sekarang).

Bagi pelanggan pascabayar pula, kod UMB adalah *100#> pilih Internet & Settings > Time Based

Selain itu, bagi pembelian peranti pula, anda akan menerima subsidi bernilai RM 180 bagi kategori 1 manakala bagi kategori 2 anda layak menerima subsidi peranti bernilai RM 300 (dengan langganan Hotlink Postpaid 60 sahaja)

Pendaftaran boleh dibuat di SINI atau kunjungi mana-mana stor Maxis yang berdekatan.

Maklumat lanjut di Maxis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.