Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi MIUI 13 dijangka akan dilancarkan pada 25 Jun 2021 – hanya untuk peranti tahun 2019 dan ke atas


Kemaskini Xiaomi MIUI 12.5 kepada telefon pintar Xiaomi masih berlangsung namun syarikat dikatakan sudah mula melakukan perancangan untuk memperkenalkan generasi baharu MIUI iaitu Xiaomi MIUI 13.

Menurut sumber dari China, Xiaomi MIUI 13 dijangka akan dilancarkan pada suku kedua seperti tahun-tahun sebelum ini dan tarikh pelancaran tahun ini dikatakan adalah pada 25 Jun.

Jika MIUI sebelum ini menyokong model telefon pintar pada pelbagai tahap harga berusia sehingga 4 tahun, Xiaomi MIUI 13 dikatakan hanya akan ditawarkan pada telefon pintar Xiaomi yang dilancarkan dari tahun 2019 dan ke atas.

Ini bermaksud telefon pintar flagship seperti Mi 9, Mi Mix 3, Redmi Note 8 Series dan Redmi 8 dijangka tidak akan tersenarai didalam peranti yang layak untuk menerima MIUI 13 ini.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat apakah perubahan pada MIUI 13 namun ianya pasti akan hadir dengan optimasi animasi, team dan wallpaper yang baharu serta ciri keselamatan yang lebih baik.

Selain itu, ciri Memory Extension yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM juga mungkin disertakan pada MIUI 13.

Xiaomi bakal menawarkan ciri Memory Extension yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM tambahan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.