Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan dilancarkan pada bulan Ogos 2021


@OnLeaks

Samsung Galaxy S20 FE yang dilancarkan lewat tahun lalu telah menerima respon yang amat baik dari pengguna dan pelancaran Samsung Galaxy S21 FE kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition – Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung

Ross Young melaporkan bahawa Samsung Galaxy S21 FE akan mula memasuki proses pengeluaran pada bulan Julai disusuli dengan pelancaran rasmi pada bulan Ogos.

Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci yang juga menempatkan kamera selfie 32MP.

Selain itu, Galaxy S21 FE juga dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 dan Exynos 2100 selain storan dalaman 128/256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Samsung Galaxy S21 FE dijangka hadir didalam pelbagai warna antaranya adalah Gray, Light Green, Light Violet, White dan Pink.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.