Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X3 Pro 5G kini ditawarkan pada harga RM 3,999 sahaja


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar flaghsip Oppo Find X3 Pro kini boleh didapati pada harga RM 3,999 sahaja.

Sempena promosi Picture Hearts Together Raya, peminat Oppo Find X3 Pro kini boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga yang lebih berpatutan iaitu RM 300 lebih murah berbanding harga asal iaitu RM 4,299.

Promosi bagi Oppo Find X3 Pro 5G ini adalah dari 26 April sehingga 23 Mei 2020 dan anda boleh mendapatknya di My OPPO Spaces, stor OPPO Brand, stor atas talian OPPO, stor OPPO Official Ecommerce, pengedar rasmi, dan Chain Store Partners.

Selain itu, roadshow OPPO Kasih Dari Hati is juga sedang berlangsung di 1 Utama Shopping Centre Oval Concourse LG, New Wing dan Centre Court G, Old Wing sehingga 16 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.