Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Malaysia lancarkan 7 produk AIoT- semua yang anda perlu tahu

Pada majlis AIoT Grand Launch season 3 sebentar tadi, realme secara rasminya telah memperkenalkan 7 produk AIoT terbaru ke pasaran Malaysia dengn harga penjualan yang amat berpatutan.

7 produk AIoT yang dilancarkan adalah realme Buds Q2, realme Buds Air 2 Neo, realme Cobble Bluetooth Speaker, realme Watch S Master Edition, realme Watch 2, realme Motion Activated Night Light dan realme Alkaline Batteries.

realme Buds Q2 akan mempunyai harga penjualan RM 129 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 79 secara eksklusif di Shopee pada 5 Mei ini sahaja.

realme Buds Q2 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Classic Black dan Unique Blue.

Beli realme Buds Q2 di SINI

realme Buds Air 2 Neo pula akan ditawarkan pada  harga RM 169 namun hanya pada 11 Mei ini ianya akan ditawarkan pada harga RM 149 juga secara eksklusif di Shopee.

realme Buds Air 2 Neo akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Active Black dan Calm Grey.

Beli realme Buds Air 2 Neo di SINI

Selain itu, realme juga telah mengumumkan lampu malam Motion Activated Night Light pada harga RM 99 namun ianya akan ditawarkan pada harga RM 39 sahaja sempena jualan pertama di Shopee pada 5 Mei ini.

Beli realme Motion Activated Night Light di SINI

Beralih kepada jam pintar, realme telah memperkenalkan 2 model jam pintar ke pasaran Malaysia iaitu realme Watch 2 dan realme Watch S Master Edition.

realme Watch S Master Edition akan ditawarkan pada harga RM 429 dan pembelian jam pintar edisi khas ini boleh dilakukan di Shopee dan pengedar rasmi realme di Malaysia.

Dapatkan realme Watch S Master Edition di Shopee atau pengedar rasmi realme mulai 8 Mei ini.

Dalam pada itu, realme Watch 2 pula akan memasuki pasaran Malaysia pada harga RM 229 namun tarikh penjualan jam pintar ini masih belum diumumkan.


Akhir sekali, realme Cobble Bluetooth Speaker dan realme Alkaline Batteries didalam dua saiz iaitu AA dan AAA juga telah diumumkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM 99 dan RM 29(AA)/ RM 24 (AAA).

Tarikh jualan realme Cobble Bluetooth Speaker dan realme Alkaline Batteries di Malaysia masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.