Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 Series akan dilancarkan Mei 2021 – peranti dengan cip SD888 Plus pula akan tiba pada suku ke-3

Honor 50 Series akan dilancarkan Mei 2021 - peranti dengan cip SD888 Plus pula akan tiba pada suku ke-3 3
Penjualan hakmilik Honor daripada Huawei telah memberikan lampu hijau kepada syarikat ini untuk berkerjasama dengan syarikat berkaitan AS yang bermaksud ianya kini mempunyai akses kepada cipset flagship keluaran Qualcomm.

Salah satu daripada model Honor yang akan dilancarkan tidak lama lagi adalah Honor 50 Pro+ yang akan menggunakan pemproses Snapdragon 888 namun Digital Chat Station juga mendakwa bahawa Honor juga akan menjadi salah satu syarikat terawal untuk mengeluarkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 888 Plus.

Mengulas lanjut mengenai telefon pintar Honor ini, Digital Chat Station juga mendakwa bahawa cip SD888 Plus ini kini sedang diuji dan telefon pintar ini mungkin sedia untuk pelancaran sekitar suku ke-3 tahun ini.

Walaubagaimanapun, pelancaran Honor 50 Series pada bulan Mei sudah pasti mencuri tumpuan dan adalah yang dinantikan kerana banyak persoalan mengenai hala tuju syarikat ini bakal terjawab khususnya samada telefon pintar Honor ini akan mempunyai akses kepada Google Mobile Services (GMS).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.