Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M42 5G kini rasmi – telefon pintar 5G pertama didalam Galaxy M Series


Samsung secara rasminya telah mengumumkan model baru didalam siri Galaxy M iaitu Galaxy M42 5G namun ianya adalah Galaxy A42 5G yang diberi nama baharu dan reputasi sebagai telefon pintar pertama 5G didalam siri Galaxy M.

Samsung Galaxy M42 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.6-inci namun hanya pada resolusi HD+ namun anda masih menerima sensor capjari terbina dalam skrin.

Bercakap mengenai cip pemprosesan, Samsung Galaxy M42 5G hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 750G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera pula, Samsung Galaxy M42 menampilkan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 48MP, sensor ultrawide angle 8MP dan dua sensor 5MP yang merupakan sensor depth dan makro. Kamera selfie adalah 20MP.

Samsung Galaxy M42 5G juga menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy M42 5G akan memasuki pasaran India pada 1 Mei 2021 didalam dua warna iaitu Prism Dot Black dan Prism Dot Grey.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.