Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini stabil realme UI 2.0 berasaskan Android 11 mula ditawarkan kepada realme 6 Pro dan realme 7 Pro


realme secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11 kepada pengguna realme 6 Pro dan realme 7 Pro di India dan jika tiada sebarang masalah ianya mungkin mula ditawarkan kepada pengguna global tidak lama lagi.

realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11 kini rasmi di Malaysia – bila peranti realme anda akan menerima realme UI 2.0?

Generasi kedua realme UI ini membawakan pelbagai fungsi baharu kepada kedua-dua telefon pintar ini termasuk gaya Dark Mode, Optimized Night Charging, Tone Tunes, dan Sleep Capsule.

Lebih penting, kemaskini realme UI 2.0 ini ditawarkan kepada pengguna yang bukan sebahagian daripada program Open Beta manakala pengguna program ini pula dikatakan telah menerima kemaskini ini lebih awal.

Selain itu, jumlah penerima kemaskini realme UI 2.0 ini adalah terhad buat masa ini namun jika semua berjalan lancar, penawaran yang lebih meluas dijangka bermula didalam masa beberapa hari.

Dalam pada itu, unit realme 6 Pro kami masih belum menerima kemaskini realme UI 2.0 setakat waktu kami menulis artikel ini.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat bila kemaskini realme UI 2.0 bagi pengguna realme 6 Pro dan realme 7 Pro untuk pasaran antarabangsa akan bermula.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.