Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vaksin AstraZeneca tidak akan diberikan melalui Program Imunisasi – akan ditawarkan secara sukarela tanpa had

Vaksin AstraZeneca tidak akan diberikan melalui Program Imunisasi - akan ditawarkan secara sukarela tanpa had 1

Vaksin AstraZeneca tidak akan diberikan melalui Program Imunisasi - akan ditawarkan secara sukarela tanpa had 2
Vaksin AstraZeneca tidak akan diberikan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini berada di fasa kedua.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa vaksin ini akan diberikan secara sukarela menerusi pusat pemberian vaksin (PPV) khas dan pendaftaran boleh dilakukan menerusi sistem tempahan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan tiada had.

Tindakan untuk mengecualikan vaksin AstraZeneca dari PICK adalah selepas vaksin ini dikaitkan dengan insiden pembekuan darah kepada penerima vaksin yang jarang berlaku di beberapa negara.

Selain itu, Khairy Jamaluddin juga berkata bahawa satu mekanisma pendaftaran untuk vaksin ini akan dibuka didalam masa terdekat.

Malaysia telah menerima kumpulan pertama vaksin AstraZeneca pada 24 April yang lalu iaitu 268,800 dos.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.