nubia RedMagic Watch kini ditawarkan di pasaran global pada harga sekitar RM 400
Anda pasti sudah biasa dengan telefon pintar gaming namun nubia telah membawa pengalaman gaming ke satu tahap yang lebih tinggi dengan pelancaran jam pintar Gaming iaitu RedMagic Watch pada bulan Mac yang lalu dan ianya kini sudah mula ditawarkan untuk pasaran global.
RedMagic Watch hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci yang juga mempunyai 15 hari jangka hayat bateri dan 16 aktiviti kecergasan.
Selain itu, RedMagic Watch juga menawarkan sensor degupan jantung, SpO2 , perekod tidur dan tekanan.
Selain itu, jam pintar ini juga mempunyai GPS terbina dan kalis air 5ATM.
RedMagic Watch kini ditawarkan kepada pengguna global melalui laman rasmi nubia pada harga $99 (RM 406) namun tinjauan kami di laman web ini mendapati ianya tidak menawarkan penghantaran ke pasaran Malaysia.
maklumat lanjut di SINI