Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 Pro – Smartphone Terhangat di Pasaran dengan Kamera 108MP dan Pengecasan Pantas 50W

Pelancaran realme 8 Pro oleh realme Malaysia baru-baru ini juga menyaksikan realme meneruskan momentum positif tahun 2021 dengan menyertakan sensor kamera utama 108MP yang merupakan resolusi kamera tertinggi di dalam industri.

Lebih menarik, realme 8 Pro juga merupakan telefon pintar pertama realme yang menggunakan sensor 108MP.

Gambar diambil oleh Menggunakan Sensor Utama 108MP realme 8 Pro

Sensor 108MP HM2 

Sensor utama realme 8 Pro merupakan sensor 108MP ISOCELL HM2 yang mempunyai sensor lebih besar iaitu 1/1.52 untuk memberikan anda resolusi maksima 12000×9000.

Ini adalah sensor 108MP generasi ketiga yang bermaksud realme tidak berkompromi untuk menggunakan sensor 108MP generasi lama.

Selain itu, sensor HM2 ini juga dipacu dengan sokongan teknologi advanced ​ISOCELL Plus​ pixel isolation menggantikan penghadang besi bagi menyelesaikan gangguan antara piksel bersebelahan ini juga mengurangkan kehilangan optik dan warna silang sekaligus menjamin pengekalan warna yang lebih tinggi dan meningkatkan kadar ISO sebanyak 15%.

Dalam pada itu, teknologi Smart-ISO pada sensor 108MP yang digunakan realme 8 Pro ini juga memberikan anda tetapan ISO terbaik mengikut persekitaran fotografi yang menjanjikan anda hasil gambar yang sentiasa terang, berwarna dan kurang kabur.

Lebih-lebih lagi, teknologi 9-in-1 Pixel Binning yang digunakan pada sensor HM2.

Sensor Ultrawide 119° 8MP

realme 8 Pro juga dilengkapi dengan sensor ultrawide 8MP yang mempunyai darjah penggambaran 119°. 

Selain itu, kepentingan sensor ultrawide pada telefon pintar kini tidak lagi boleh dipandang remeh dan realme harus diberikan pujian kerana sentiasa menawarkan sensor ini pada semua telefon pintar utama realme.

Fungsi utama sensor ultrawide adalah untuk membolehkan pengguna mengambil gambar landskap yang lebih sempurna dan luas.

Sensor Makro 4cm 

realme 8 Pro juga menampilkan sensor kamera makro yang disertakan sebagai pelengkap kepada sensor ISOCELL HM2 108MP .

Sesuai dengan namanya, sensor makro realme 8 Pro membolehkan anda mengambil fotografi jarak dekat yang sangat baik dan jelas tanpa memerlukan sebarang peralatan tambahan.

Sensor portrait B&W

Menyempurnakan lagi pakej kamera realme 8 Pro ini adalah lensa potret yang kini hadir dengan sistem penapis warna yang baru.

Dalam pada itu, lensa potret realme 8 Pro juga mampu menyerap pelbagai tahap cahaya dengan lebih baik dan ini membolehkan sensor ini membantu sensor 108MP untuk mengambil gambar dengan kontras yang tinggi, gambar gaya retro dan menambahkan tekstur pada potret.

Mod Ultra-clear 108MP 

Dengan penggunaan sensor 108MP generasi terkini ini, realme telah membangunkan algoritma definisi tinggi baru bagi mod 108MP yang memberikan pengguna hasil gambar yang sangat teliti dan jelas.

Super Nightscape 

Seperti mod-mod kamera lain yang menggunakan kelebihan sensor 108MP ini, mod Nightscape pada realme 8 Pro juga menggunapakai tiga teknologi sensor ini iaitu ISOCELL Plus, Smart-ISO dan 9-in-1 Pixel Binning yang memastikan prestasi gambar pada realme 8 Pro adalah baik walaupun tanpa mengaktifkan mod super nightscape.

Lebih-lebih lagi, Mod Super Nightscape kini mempunyai algoritma Pure Raw Nightscape dengan AI image noise reduction atau dead pixel removal yang menjadikan gambar mod nightscape terang dan asli.

Akhir sekali, mod Super NIghtscape realme ini kini telah dinaik taraf ke generasi kelima yang juga terdiri daripada Pro Nightscape, Ultra Nightscape, Tripod Mode dan banyak lagi untuk satu solusi fotografi malam yang sangat komprehensif.

Kiri: Imej sebelum Zoom, Kanan: Imej selepas 3x In-sensor Zoom

3X In-sensor Zoom

realme 8 Pro juga menampilkan teknologi Zoom terbaru iaitu 3x In-Sensor Zoom yang mana ianya menggunakan hanya 12MP daripada 108MP untuk menghasilkan satu imej yang di zoom.

Berbanding algoritma zoom biasa, ia mempunyai ukuran pengimejan yang lebih kecil dan kelajuan pengimejan yang lebih cepat. 

Dalam pada itu, dengan Algoritma Clarity Enhancement, 8 imej dapat diambil serentak dengan satu ketikan yang mana ianya kemudian disintesis dan dihasilkan semula untuk meningkatkan kejelasan gambar.

Dengan membandingkan kejelasan dari sampel telefon bimbit yang menawarkan zoom optik 3x, kualiti gambar realme 8 Pro adalah lebih baik dari yang lain.

Starry Mode Generasi Baharu 

Kali ini, realme 8 Pro hadir dengan mod Starry generasi kedua yang baru dan ditingkatkan. 

proses pengimejan juga telah dioptimumkan dengan memisahkan langkah pencerahan bintang dari algoritma dan diproses oleh ISP pada cipset, yang memberi kesan pencerahan dan pengurangan gangguan.

Telefon Pintar Pertama di Dunia untuk hadir dengan Video Starry Time-lapse

realme telah mengembangkan Algoritma Time Lapse eksklusif berdasarkan mod Starry. 

Semasa mengambil gambar pada mod Starry, realme 8 Pro mengambil 16 foto individu setiap 15saat selama 4 minit, dan menggabungkannya menjadi gambar akhir.

Walaubagaimanapun, semasa merakam Video Starry Time-lapse, Untuk mengurangkan tekanan pada ROM dan RAM, telefon akan mengambil foto berbintang pada selang 15 saat yang sama, namun hanya akan menyimpan 15 foto terakhir untuk menyusun gambar bintang, dan akhirnya menggabungkan foto-foto ini menjadi video time lapse pada kelajuan 30fps.

realme 8 Pro anda akan mengambil 240 gambar bintang di dalam masa satu jam dan menukarnya menjadi satu video Starry Time Lapse berdurasi 8 saat.

Mod Tilt-shift

Mod Tilt-shift membolehkan anda mengubah dunia sebenar kepada dunia miniatur, menggunakan ilusi optik mata manusia.

Ketika kita melihat objek yang sangat dekat dengan kita, latar depan dan latar belakang yang kebiasaanya tidak fokus.

Seterusnya, dengan menambahkan kesan kabur yang optimum pada gambar seperti itu, otak kita bertafsir bahawa kita sedang melihat pemandangan miniatur yang sangat dekat dengan kita.

Kebiasaanya, kesan kabur ini hanya boleh dicapai dengan penggunaan lensa tilt-shift yang mahal.

Dalam pada itu, algoritma fotografi tilt-shift baru realme 8 Pro kini dapat mengubah dunia nyata menjadi dunia miniatur.

Mod Tilt-shift juga membolehkan anda menyesuaikan bentuk, sudut, kedudukan, dan tahap kesan kabur secara manual. 

Akhi sekali, anda juga boleh memilih dan menyesuaikan kesan kabur dengan mudah agar sesuai dengan gambar.

Tilt-shift Time-lapse Video Pertama Didunia

Mod Tilt-shift juga menyokong rakaman video time-lapse dengan 10x playback yang mempersembahkan anda dunia sebenar di dalam cara yang lebih menarik dan unik.

Trendy Portrait 

Neon Portrait: lampu latar belakang adalah subjek penting pada potret malam. Mod ini membantu meningkatkan kesan kabur untuk menghasilkan tangkapan portrait malam yang lebih baik

Dynamic Bokeh: Mod portrait dinamik Bokeh boleh digunakan untuk menyerlahkan subjek anda pada latar belakang yang sibuk bergerak.

AI Color Portrait: Dalam mod ini, subjek utama adalah berwarna manakala latar belakang berwarna hitam putih.

New AI Portrait : Algoritma Portrait AI yang baru secara automatik mengesan potret dalam pelbagai senario, dan mengoptimumkan tersebut gambar dengan tepat.

Portrait Selfie 16MP: Realme 8 Pro juga dilengkapi dengan AI Beauty,Portrait mode, dan Super Nightscape untuk memastikan setiap selfie yang diambil adalah dengan sempurna.

Dual-view Video

Video Dual-view baru membolehkan pengguna mengambil video dari kamera depan dan belakang pada masa yang sama. 

Dengan menggunakan ciri ini, pengguna dapat mengambil pelbagai video pendek yang kreatif dan menarik untuk dimuat naik pada akaun media sosial mereka.

Ultra Nightscape Video

realme juga telah meningkatkan algoritma AI enhancement pada Ultra Nightscape Video dengan ciri pengesanan cahaya pintar.

Ini meningkatkan kecerahan dan kejelasan gambar, yang membolehkan anda mengambil video malam yang lebih baik dan lebih mudah.

Kesemua ciri-ciri baharu yang ditawarkan Hasil pengguna sensor 108MP telah meletakkan realme 8 Pro sebagai telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik di dalam kelas harganya.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai realme 8 Pro di laman Facebook realme Malaysia dan informasi selanjutnya di laman web realme Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.