Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 19

realme adalah sebuah jenama telefon pintar yang tidak hanya terbatas sebagai sebuah syarikat telefon pintar.

Sejak memasuki pasaran Malaysia, realme telah menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik telah dianjurkan.

Sempena Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi, realme Malaysia telah mengumumkan pembukaan Muzium 108MP realme yang akan dibuka mulai 22 April ini dan Muzium 108MP ini akan bertempat di realme Design Studio Malaysia.

Muzium 108MP ini mempamerkan koleksi gambar-gambar yang di ambil oleh jurugambar tempatan menggunakan realme 8 Pro.

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 20
Muzium 108MP realme adalah satu lokasi hangat dan eksklusif kepada peminat realme secara khususnya dan anda boleh menjadi antara yang bertuah dengan mendaftar untuk menjadi 30 pengunjung bertuah setiap hari.Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 21

Selain itu, anda boleh mengunjungi Muzium 108MP realme ini bermula dari 22 April 2021, pada setiap hari Sabtu dan Ahad (sepanjang tiga bulan). 

Muzium 108MP adalah bertempat di realme Design Studio (Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur), waktu operasinya adalah antara 10 pagi – 9 malam.
Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 22

Muzium 108MP realme ini akan mempamerkan 28 gambar Instagrammable yang diambil oleh jurugambar tempatan menggunakan realme 8 Pro.

Setiap gambar di Muzium 108MP realme mempamerkan kehebatan resolusi sensor 108MP yang digunakan pada realme 8 Pro.

Dalam pada itu, menyedari pasti ramai yang tidak dapat merasai pengalaman melawat Muzium 108MP  ini, realme juga akan membuka satu muzium virtual yang boleh dilawati oleh anda di mana sahaja pada bila-bila masa.

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 23

Muzium virtual realme ini memberikan pengguna satu pengalaman realiti maya yang memaparkan koleksi gambar-gambar yang dibahagikan kepada lima bilik maya iaitu:

Historical Moments

Reconnecting Me and You

Capture Moments

Travellers & Wanderers 

Foodie Journey

Gambar dibawah ini telah diambil menggunakan realme 8 Pro oleh jurugambar tempatan, koleksi gambar ini juga boleh didapati di Muzium Virtual 

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 24

Seterusnya, muzium virtual realme ini juga menawarkan peluang kepada peminat memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM 100,000 yang termasuk realme 8 Pro melalui permainan Reconnecting Talian Raya mini.

Didalam permainan ini, anda akan berjumpa dengan maskot realmeow sebagai satu watak dan menyahut cabaran untuk menjadi pemain terbaik didalam carta untuk memenangi hadiah menarik.

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 25

Berikut adalah maklumat mengenai permainan Reconnecting Talian Raya Mini:

– 10 coin boleh didapati ketika melawat muzium virtual (tersembunyi)

– Setiap permainan memerlukan 2 coin (setiap jemputan yang berjaya akan menerima 1 coin), permainan dengan 2X boost memerlukan 5 coin setiap game

– Hanya 100 kali percubaan permainan bagi satu pengguna dan satu email hanya boleh didaftar untuk satu akaun.

Permainan Reconnecting Talian Raya mini akan dibuka untuk penyertaan dari 22 April sehingga 11 Jun 2021 dan anda akan menerima lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah jika mengajak kawan menyertai permainan ini.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pada permainan Reconnecting Talian Raya Mini :

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 26

Hadiah pertama : realme 8 Pro + Smart TV 43″ + Watch S + Buds Air Pro

Hadiah kedua : realme 8 Pro + Watch S + Buds Air Pro

Hadiah ketiga : realme 8 Pro

Fokus Terkini : Muzium 108MP REALME Kini di Buka Secara Rasmi di REALME Design Studio 27

Hadiah ke-4 hingga 1000:

Baucar tunai RM50 yang boleh digunakan di realme Brand Store (semua akan menerimanya).

Pemenang tempat 4 hingga 1000 adalah berdasarkan cabutan bertuah yang berpeluang memenangi hadiah seperti berikut : 

– 10 X Buds Air Pro

– 10 X Watch S

– 50 X Buds Wireless Pro

– 100 X realme Smart Cam

– 200 X N1 Toothbrush

*pemenang cabutan bertuah akan diumumkan di virtual muzium pada 18 Jun 2021.

108MP Virtual Museum: http://108mp-museum.com/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.