Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kempen Riang Ria Raya bersama Yoodo menawarkan Hadiah dan Kredit Bernilai Lebih RM500,000

Kempen Riang Ria Raya bersama Yoodo menawarkan Hadiah dan Kredit Bernilai Lebih RM500,000 1

Kempen Riang Ria Raya bersama Yoodo menawarkan Hadiah dan Kredit Bernilai Lebih RM500,000 2
Yoodo telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk menghangatkan lagi 
sambutan Hari Raya dengan menawarkan hadiah untuk yang bernilai lebih RM500,000.

Walaupun keadaan mula kelihatan bertambah baik tahun ini, namun 2021 masih lagi menjadi satu cabaran bagi sesetengah orang.

Dengan pandemik yang masih berlarutan, sambutan perayaan pada tahun ini mungkin belum boleh kembali sepertibiasa.

Walaubagaimanapun, Yoodo ingin mengembalikan keceriaan kepada perayaan dengan kempen Ramadan Raya yang menawarkan hadiah bernilai lebih setengah juta Ringgit.

Pertama sekali adalah kempen belanja dan menang Pilihan Riang Raya, di mana pengguna Yoodo boleh memenangi hadiah Raya istimewa mulai sekarang hingga 13 Jun.

Pengguna Yoodo yang berbelanja RM50 ke atas untuk langganan bulanan mereka selama dua bulan berturut-turut berpeluang memenangi telefon pintar Apple iPhone 12.

Manakala pelanggan yang berbelanja RM30 ke atas untuk dua bulan berturut-turut pula boleh memenangi telefon bimbit Samsung A42, earphone tanpa wayar Sennheiser MOMENTUM True Wireless 2 Earbuds, kerusi gaming noblechairs EPIC dan kredit Yoodo bernilai RM30.

Untuk menambahkan lagi keceriaan menjelang Hari Raya, Yoodo telah memperkenalkan Raya Bersama Tropicana & Yoodo.

Kempen yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 30 Jun ini menawarkan kredit Yoodo bernilai RM5 kepada pengguna baharu bagi setiap pembelian pek kembar jus oren Tropicana Twister.

Pelanggan hanya perlu imbas kod QR yang dilekat pada pek kembar tersebut untuk mendaftar.

Akhir sekali, Yoodo membawakan kemuncak sambutan perayaan dengan pelancaran video Raya pada 4 Mei.

Video yang menjiwai semangat Yoodo dalam memberikan pilihan kepada pelanggan itu, mengajak penonton untuk bersama-sama di dalam satu kempen yang menjemput rakyat Malaysia untuk memilih kuih Raya kegemaran mereka.

Kempen tersebut memberikan kuasa untuk memilih #whatyoowant di samping pada masa yang sama adalah satu cara yang menarik untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang kempen Pilihan Riang Raya Yoodo, sila layari: https://www.yoodo.com.my/riangraya/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.