Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20 FE 4G dengan Snapdragon 865 kini rasmi


Samsung Galaxy S20 FE yang dilancarkan lewat tahun lalu pada mulanya dilancarkan sebagai varian 5G dengan cipset Snapdragon 865 sebelum satu lagi varian 4G dengan cip Exynos 990 pula ditawarkan pada harga yang lebih murah.

Walaubagaimanapun, Samsung kini telah melancarkan versi 4G yang baharu dengan cipset Snapdragon 865 seperti pada versi 5G namun tanpa modem Qualcomm X55 dan ianya telah disenaraikan di laman rasmi Samsung Sweden.

Selain daripada perbezaan sokongan rangkaian, Galaxy S20 FE yang baharu ini mempunyai spesfikasi dalaman yang sama seperti iaitu skrin paparan Infinity-O Dynamic AMOLED FHD+ 120Hz, bateri 4,500mAh, tetapan kamera yang sama dan kalis air IP68.

Bagi pasaran Malaysia, Galaxy S20 FE 5G ditawarkan pada harga RM 3,399 manakala Galaxy S20 FE 4G versi Exynos pula ditawarkan pada harga RM 2,699 sahaja.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan samada Galaxy S20 FE 4G versi Snapdragon 865 ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.