Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Panel Skrin OLED bagi Apple iPhone 13 akan dibekalkan oleh 3 Syarikat


Sejak Apple beralih kepada pengunaan panel skrin OLED, sebahagian besar skrin OLED yang digunakan pada iPhone adalah yang dibekalkan oleh Samsung Display.

Samsung Display yang merupakan pengeluar skrin OLED terkemuka dunia dan ianya membekalkan 78% daripada panel OLED yang digunakan pada iPhone yang dilancarkan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru daripada Korea Selatan mendakwa Apple sedang mempertimbangkan untuk mempelbagaikan pembekal panel OLED dengan meningkatkan jumlah unit dari LG Display dan BOE.

Menurut data dari Omdia Research, Samsung Display akan kekal sebagai pembekal panel OLED nombor satu bagi generasi iPhone yang akan datang iaitu dengan 65.1% daripada jumlah tempahan namun LG Display dan BOE akan menyaksikan peningkatan jumlah tempahan.

LG Display dikatakan akan membekalkan 29.6% panel OLED yang diperlukan manakala BOE akan memenuhi 5.3% daripada tempahan.

Ini bermaksud daripada 169 juta panel OLED yang diperlukan oleh Apple, Samsung Display akan membekalkan 110 juta unit diikuti 50 juta unit dari LG Display dan 9 juta unit dari BOE.

Generasi iPhone tahun ini juga dijangka akan menyaksikan Apple beralih kepada panel skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz pada model iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.