Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 6 mula dijual pada 25 April- berharga RM 189


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Mi Band 6 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 25 April ini dengan harga penjualan RM 189.

Mi Band 6 telah dibuka pra-tempahan pada 15 April yang lalu iaitu secara eksklusif di Lazada pada harga RM 169 yang mana kesemua stok habis dibeli didalam masa 12 jam sahaja.

Xiaomi Mi smart Band 6 menampilkan skrin paparan Full Screen AMOLED yang berukuran 1.56-inci dan ianya adalah 50% lebih besar berbanding skrin paparan Mi Smart Band 5.

Skrin paparan ini juga mempunyai resolusi 152 x 486 piksel dengan kepadatan piksel 326ppi.

Selain itu, Mi Smart Band 6 juga menawarkan bacaan SpO2 selain bacaan kadar degupan jantung 24/7.

Pada bahagian bateri, Mi Smart Band 6 menawarkan kapasiti bateri 125mAh yang sama seperti pada generasi lalu dan ianya menjanjikan sehingga 14 hari pengunaan.

Bercakap mengenai kecergasan, Mi Smart Band 6 menawarkan 30 mod kecergasan yang mana 6 daripadanya akan dikesan secara automatik dan jam kecergasan ini juga menyokong kalis air 5ATM.

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan didalam beberapa warna tali silikon iaitu Black, Orange, Yellow, Olive, Ivory dan Blue pada harga RM 189.

Mi Band 6 boleh dibeli di Lazada dan Shopee, Mi Store dan wakil penjual rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.