Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

30,000-40,000 unit Mi Mix Fold habis terjual dalam 60 saat sahaja


Telefon pintar foldable pertama Xiaomi iaitu Mi Mix Fold telah mula ditawarkan di China dan jualan pertama telefon pintar ini telah menyaksikan kesemua stok disapu licin didalam masa 60 saat sahaja.

Pengesahan rasmi daripada Xiaomi ini mendedahkan bahawa jumlah jualan yang diperoleh adalah CNY 400 juta atau sekitar RM 252.9 juta.

Ini bermaksud sekitar 30,000 hingga 40,000 unit Mi Mix Fold telah terjual didalam masa satu minit selepas jualan bermula.

Sebagai rekod, Xiaomi Mi Mix Fold tampil didalam beberapa konfigurasi yang menyukarkan sedikit untuk kami memberikan jumlah tepat unit yang terjual.

Anda boleh membaca laporan pelancaran Mi Mix Fold kami di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.