Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Mix Fold kini rasmi – telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309

Mi Mix Fold kini rasmi - telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309 13
Siri Xiaomi Mix yang terkenal dengan inovasi kini kembali demgan pelancaran telefon pintar foldable iaitu Mi Mix Fold dan kemajuan teknologi pada telefon pintar ini mungkin mengatasi fakta bahawa ianya adalah telefon pintar pertama Xiaomi dengan skrin paparan boleh lipat.

Mi Mix Fold kini rasmi - telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309 14

Xiaomi Mi Mix Fold hadir dengan skrin paparan dalaman WQHD+ OLED berukuran 8.01-inci yang merupakan saiz sebuah tablet dan syarikat ini mendakwa ianya adalah panel skrin dalam pada telefon pintar foldable.

Selain itu, Xiaomi juga telah membangunkan sebuah engsel berbentuk U yang 27% lebih ringan berbanding engsel telefon pintar foldable lain dipasaran dan ianya juga telah melalui ujian ketahanan yang tinggi iaitu 200,000 bukaan dan diuji sehingga 1 juta bukaan.

Panel skrin ini juga mempunyai sokongan HDR10+, Dolby Vision dan kadar kecerahan skrin 600 nits.

Pada bahagian luar, terdapat satu lagi skrin iaitu panel AMOLED berukuran 6.52-inci dengan resolusi 840 x 2,520 piksel dengan kadar segar semula 90Hz.

Panel ini juga menyokong HDR10+, Dolby Vision dan kadar kecerahan skrin 650nits.

Mi Mix Fold kini rasmi - telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309 15
Beralih kepada bahagian kamera, Xiaomi Mi Mix Fold hadir dengan cip pemprosesan imej Surge C1 yang dibangunkan sendiri oleh syarikat ini dan ianya beroperasi pada algoritma 3A iaitu Auto Focus, Auto Exposure dan Auto White Balance dengan lebih efisien.

Mi Mix Fold kini rasmi - telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309 16
Lebih menarik, Mi Mix Fold juga menampilkan kamera telefoto yang menggunakan teknologi lensa cecair pertama didunia dan ianya diperbuat daripada filem fleksibel dengan cecair lutsinar yang boleh berubah bentuk dan anjal sama seperti mata manusia.

Lensa ini juga menawarkan 3x pengzooman optik iaitu pada sensor 8MP yang juga menawarkan pengguna pengzooman maksima 30x.

Selain itu, antara kelebihan menggunakan lensa cecair ini adalah ianya mampu menawarkan pengambilan gambar makro pada jarak 3cm.

Beralih kepada sensor utama Mi Mix Fold, ianya adalah sensor 108MP 1/1.52” ISOCELL HM2 dengan lensa 7P yang menyokong binning 9-dalam-1 namun sensor tidak mempunyai OIS.

Selain itu, sensor ultrawide Mi Mix Fold adalah sensor 123° 13MP dengan 1.12 µm piksel dan aperture f/2.4.

Mi Mix Fold kini rasmi - telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309 17

Beralih kepada bateri, Mi Mix Fold mempunyai bateri berkapasiti 5,020mAh iaitu dua sel berkapasiti 2,460mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W (0-100% dalama masa 37 minit) namun tiada pengecasan tanpa wayar.

Dalam pada itu, Mi Mix Fold hadir dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan dengan RAM 3,200 MHz LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1

Selain itu, teknolog penyejukan Mi Mix Fold dikenali sebagai “butterfly-type” iaitu kombinasi ruang wap, gel termal dan beberapa lapisan kepingan grafit yang mengalihkan haba dari

cipset, antena 5G dan sistem pengecasan.

Lebih-lebih lagi, sistem audio yang ditawarkan pada Mi Mix Fold adalah quad-speaker Harmon Kardon yang biasanya hanya ditawarkan pada tablet.

Mi Mix Fold kini rasmi - telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309 18

Akhir sekali, Mi Mix Fold hadir didalam dua versi iaitu versi biasa yang memiliki panel belakang Gorilla Glass dengan tekstur seramik dan edisi khas seramik yang mempunyai panel belakang seramik berwarna hitam dengan rangka dan butang bunyi didalam warna emas.

Mi Mix Fold 12/256 GB – CNY 9,999 (RM 6,309)

Mi Mix Fold 12/512 GB  – CNY 10,999 (RM 6,960)

Mi Mix Fols 16/512 GB – CNY 12,999 (RM 8,255)

Xiaomi Mi Mix Fold telah dibuka untuk pra-tempahan di China dan penjualan rasmi akan bermula pada 6 April 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.