Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V21 dan Vivo V21e akan dilancarkan pada 27 April ini

Vivo V21 dan Vivo V21e akan dilancarkan pada 27 April ini 1

Vivo V21 dan Vivo V21e akan dilancarkan pada 27 April ini 2
Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri Vivo V21 akan dilancarkan dipasaran tempatan pada 27 April ini dan Mira Filzah sekali lagi dilantik sebagai duta rasmi telefon pintar siri V ini.

Selain itu, berdasarkan poster yang dikeluarkan oleh Vivo, kita akan menyaksikan pelancaran dua model V21 iaitu Vivo V21 dan Vivo V21e pada 27 April ini.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai Vivo V21 atau Vivo V21e diketahui namun Vivo V21 dijangka akan hadir dengan sokongan 5G, ’Virtual RAM’ yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM (8GB+ 3GB),

Vivo V21 dan Vivo V21e akan dilancarkan pada 27 April ini 3

kamera belakang 64MP dan kamera selfie 44MP yang mempunyai OIS.

Buat masa ini maklumat harga dan spesifikasi lengkap siri Vivo V21 ini masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.