Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Majlis Pelancaran Apple akan berlangsung 20 April ini – apa yang anda perlu tahu

Majlis Pelancaran Apple akan berlangsung 20 April ini - apa yang anda perlu tahu 3
Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran produk Apple Event akan berlangsung pada 20 April ini dengan tema “Spring Loaded”.

Selain itu, majlis pelancaran ini dilihat antara pelancaran Apple yang tidak dapat dipastikan secara muktamad apa yang bakal diumumkan oleh syarikat Cupertino ini.

Berikut adalah antara produk yang mungkin dilancarkan pada majlis pelancaran Apple ini.

Apple iPad Pro dengan panel skrin mini LED

Walaubagaimanapun, terdapat petunjuk bahawa majlis pelancaran ini akan menyaksikan Apple memperkenalkan generasi baharu Apple iPad Pro yang menggunakan teknologi skrin mini LED sekurang-kurangnya pada model 12.9-inci.

Selain daripada itu, penjualan Apple iPad Pro 12.9-inci juga dijangka akan bermula lebih lambat berikutan kekurangan bekalan panel mini LED ini.

Apple AirTags

Sejak beberapa majlis pelancaran kebelakangan ini, pengumuman mengenai Apple AirTags sentiasa diperkatakan, namun sehingga kini ianya masih belum rasmi.

Majlis pelancaran kali ini mungkin menjadi pentas dimana Apple AirTags diumumkan secara rasmi dan ianya adalah satu peranti tracker yang menggunakan sambungn Bluetooth dan cip radio Ultra Wide Band.

Ianya juga akan berfungsi melalui aplikasi Find My yang terbina pada semua peranti Apple dan fungsinya adalah untuk mencari barang yang hilang.

Apple iPad Mini

Pelancaran generasi baharu iPad Mini juga dilihat mempunyai kemungkinan yang besar kerana sudah hampir dua tahun iPad Mini yang baru tidak diumumkan.

Apple iPad Mini yang baru ini mungkin tampil dengan reka bentuk yang sama seperti iPad Pro selain penggunaan cip Apple Bionic yang lebih pantas.

Lain-lain pengumuman

Selain daripada tiga produk diatas, Apple mungkin juga melancarkan Apple AirPods 3 yang lebih murah, Apple TV dan iOS 14.5.

Waktu Majlis Pelancaran ini di Malaysia

Anda boleh menyaksikan majlis pelancaran Apple ini pada 21 April bermula jam 1 pagi di Apple.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.