Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ShopeePay memperkenal ciri baharu ‘Deals Near Me’ – mendorong pengguna atas talian berbelanja di kedai-kedai offline


eWallet ShopeePay telah mengumumkan ciri baharu
‘Deals Near Me’ yang akan mendorong pengguna aplikasi ShopeePay untuk membeli belah di kedai-kedai luar talian dengan lebih efisien.

Ciri baharu ini juga dapat memperkenalkan kepada para pengguna tawaran-tawaran terbaik yang sedia ada dikawasan berhampiran mereka sempena kempen Raya Bersama Shopee yang sedang berlangsung sehingga 14 Mei.

‘Deals Near Me‘ merupakan salah satu ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi.

Melalui ‘Deals Near Me’, perniagaan-perniagaan luar talian seperti kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan boleh menawarkan diskaun-diskaun mereka dalam bentuk baucar ShopeePay untuk ditemui oleh para pelanggan berdekatan.


Para pengguna boleh membeli baucar dengan mudah di aplikasi Shopee, dan menebusnya serta-merta di kedai yang mengambil bahagian untuk menikmati pulangan tunai yang menarik apabila mereka membayar dengan ShopeePay.

Sejak 1 April, ciri tersebut telah membawa lebih daripada 100,000 pelanggan kepada 130 peniaga awal yang menggunakan Deals Near Me. Kedai-kedai terlaris termasuk MR DIY, Tealive dan The Black Whale.

Ciri baharu ini dilancarkan sempena kempen Raya Bersama Shopee. Oleh itu, pihak Shopeepay telah memperkenalkan baucar khas bulan Ramadan yang akan dipromosikan pada tiga waktu yang berbeza: Sahur Specials pada jam 5 pagi, Jom Berbuka dengan ShopeePay pada jam 12 tengah hari, dan Moreh Specials pada jam 10 malam.

Para pengguna Shopee juga boleh membeli baucar-baucar ini dengan harga serendah 5 sen untuk mendapatkan pulangan wang tunai hingga RM8, dari kedai-kedai seperti Nasi Kandar Pelita, Nando’s, TGI Friday’s, Boat Noodle, Johnny’s, OLDTOWN White Coffee, J.Co Donut dan Hokkaido Baked Cheese Tart.

Kempen Raya Bersama Shopee juga akan menawarkan para pengguna penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum dan tawaran daripada serendah RM1.

Para pengguna juga boleh menikmati dua hari membeli-belah yang sangat istimewa – Jualan Hebat Raya pada 23 April dan Pesta Jualan Raya pada 5 Mei, yang bakal menawarkan tawaran yang menakjubkan kepada rakyat Malaysia serta diskaun hingga 80% untuk peralatan rumah, perabot, pakaian Hari Raya, hiasan dan banyak lagi sebagai persiapan untuk Hari Raya.

Menambah lagi kepada keriangan pada hari-hari istimewa ini, para pengguna akan dihiburkan dengan rancangan Raya Bersama Shopee pada 23 April jam 10 malam, diikuti dengan rancangan Jom Heboh Di Rumah pada 4 Mei jam 9 malam dan 5 Mei jam 2 petang yang akan disiarkan di Shopee Live, TV3 dan Tonton.

Rancangan-rancangan ini akan menampilkan Duta Shopee untuk Hari Raya ini, Iman Troye dan juga artis serta selebriti tempatan seperti Anuar Zain, Ernie Zakri, Kaka Azraff, Syamel, Chef Wan dan ramai lagi.

Sambutan Hari Raya bakal menjadi lebih menarik dengan dua unit Perodua Ativa, motosikal Yamaha, hingga 25 juta Syiling Shopee dan hadiah-hadiah hebat lain untuk dimenangi apabila rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam One or Not serta Share and Win Prizes.

Rancangan permainan Kotak Duit Raya juga kembali setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari di Shopee Live, di mana para pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 setiap hari yang akan berganda sehingga RM9,000 maksimum jika tiada pemenang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Raya Bersama Shopee, layari https://shopee.com.my/m/raya-sale.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.