Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook Series 2021 – 5 model MateBook akan dilancarkan di Malaysia


HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan komputer riba siri HUAWEI MateBook 2021 akan tiba di Malaysia tidak lama dengan maklumat mengenai pelancaran tempatan akan diumumkan pada 19 April ini.

Antara spesifikasi menarik yang dimiliki siri HUAWEI MateBook 2021 adalah cipset Intel Generasi ke-11, sehingga 16GB RAM, Wi-Fi 6 dan paparan Huawei FullView.

Pelancaran model baharu ini juga merupakan ulang tahun ke-5 Huawei didalam industri PC global.

Antara model komputer riba yang akan dilancarkan ke pasaran Malaysia adalah HUAWEI MateBook D 14, HUAWEI MateBook D 15 10th Edition, HUAWEI MateBook D 15 11th Edition, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook X Pro.

Selain Komputer siri Huawei MateBook, Huawei Malaysia juga telah mengesahkan pelancaran HUAWEI Vision S Series yang juga sebahagian daripada AI Life Experience yang berdasarkan strategi “1 + 8 + N” yang inovatif.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.