Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba Samsung Galaxy Book akan dilancarkan secara rasmi 28 April ini


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu lagi majlis Samsung Unpacked 2021 akan berlangsung pada 28 April ini dan video teaser majlis pelancaran ini memberikan kita petunjuk bahawa peranti ini akan hadir sebagai “the most powerful Galaxy”.

Walaubagaimanapun, pelancaran Galaxy Unpacked 2021 kali ini tidak akan menyaksikan sebarang pelancaran telefon pintar Galaxy.

Ini bermaksud, Samsung akan memperkenalkan komputer riba terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Book dan sebanyak tiga model Galaxy Book dijangka akan dilancarkan iaitu Galaxy Book Go, Galaxy Book Pro dan Galaxy Book Pro 360.

Berikut adalah video trailer majlis pelancaran Galaxy Unpacked 2021 yang menarik :

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.