Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 1


Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 2
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengumumkan Mi 11 Ultra akan mula dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299.

Xiaomi Mi 11i dan Mi 11 Lite kini rasmi – Mi 11 Lite tiba di Malaysia 6 April pada harga RM 1,199

Xiaomi Mi 11 Ultra telefon pintar flagship didalam siri flagship keluaran syarikat ini dan ianya menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sensor 50MP GN1 yang merupakan sensor kamera terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 3

Sensor ini juga membawakan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) , Dual Pixel Pro dan  Smart ISO Pro.

Selain itu, Xiaomi Mi 11 Ultra juga memiliki sensor periskop 48MP (Sony IMX586) yang menawarkan pengzooman optik 5x selain pengzooman hibrid 10x dan sensor ini juga mempunyai OIS serta menyokong rakaman video 8K.

Sensor ketiga dan terakhir yang disertakan pada Xiaomi Mi 11 Ultra adalah satu lagi sensor 48MP iaitu sensor ultrawide 120° juga merupakan sensor Sony IMX586 yang mampu menawarkan rakaman video 4K dan fotografi makro.

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 4

Beralih kepada skrin, Xiaomi Mi 11 Ultra hadir dengan skrin paparan AMOLED E4 berukuran 6.81 yang menawarkan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus, HDR10+, Dolby Vision dan pensijilan A+ dari Display Mate.

Beralih kepada pemproses, Xiaomi Mi 11 Ultra hadir dengan cipset Snapdragon 888, 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 pada kapasiti 256GB serta teknologi penyejukan tiga fasa.

Xiaomi Mi Smart Band 6 kini rasmi – Skrin Fullscreen AMOLED, Bacaan SpO2 dan 30 mod kecergasan

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 5

Xiaomi Mi 11 Ultra juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 67W dan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar juga pada kadar 67W.

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 6

Selain itu, Xiaomi Mi 11 Ultra juga mempunyai pembesar suara stereo Harmon Kardon, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6E, IR Blaster, 5G pada kedua-dua SIM dan pensijilan kalir air dan habuk IP68. Kamera selfie 20MP juga disertakan pada Mi 11 Ultra

Bercakap mengenai panel belakang Xiaomi Mi 11 Ultra, ianya diperbuat daripada seramik dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 7

Selain itu, pada panel belakang juga terdapat satu skrin paparan kecil AMOLED berukuran 1.1-ini yang mempunyai fungsi Always On dan memaparkan notifikasi serta berfungsi sebagai viewfinder ketika kamera utama digunakan untuk selfie.

Xiaomi Mi 11 Ultra akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 8 April ini pada harga RM 4,299 8

Xiaomi Mi 11 Ultra boleh di pra-tempah di Lazada dan Shopee pada harga RM 4,299 didalam warna hitam atau putih.

Selain itu, 200 pelanggan pertama mendaftarkan peranti di laman web xiaomi akan turut menerima set hadiah Mi Fans edisi terhad yang mengandungi Limited Edition Mi Bunny Keychain dan kemeja-T MFF 2021.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.