Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11i dan Mi 11 Lite kini rasmi – Mi 11 Lite tiba di Malaysia 6 April pada harga RM 1,199

Selain Xiaomi Mi 11 Ultra, Xiaomi juga telah melancarkan Mi 11i dan Mi 11 Lite untuk pasaran global dan Xiaomi Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April pada harga RM 1,199.

Xiaomi Mi 11 Ultra kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan teknologi Kamera terbaik di Carta DxOMark

Berikut adalah spesifikasi Xiaomi Mi 11i secara ringkas :

  • Skrin paparan E4 AMOLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz (FHD+)
  • Lapisan gelas Corning Gorilla Glass 5 dibahagian hadapan dan belakang
  • Pemproses Snapdragon 888
  • 8GB RAM LPDDR5 / 128GB/256GB storan dalaman jenis UFS 3.1
  • Sensor utama 108MP + sensor ultrawide 8MP + sensor telemakro 5MP
  • Kamera selfie 20MP
  • Bateri 4,520mAh dengan 33W fast charging
  • Dual Speaker Dolby Atmos
  • Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, IR Blaster, NFC
  • Sensor capjari siri

Xiaomi Mi 11i akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Celestial Silver, Frosty White, dan Cosmic Black.

Harga penjualan Xiaomi Mi 11i bagi pasaran antarabangsa adalah €649 (RM 3,172) namun bagi pasaran Malaysia, kita mungkin menyaksikan ianya ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

Beralih kepada Xiaomi Mi 11 Lite pula, ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dengan berat hanya 159 gram dan ketebalan 6.81mm.

Xiaomi Mi 11 Lite akan ditawarkan didalam dua varian iaitu varian 4G dan varian 5G yang mana ianya hanya dibezakan dengan kapasiti storan dalaman yang ditawarkan.

Xiaomi Mi 11 Lite akan hadir dengan skrin paparan AMOLED DotDisplay berukuran 6.55-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan turut menyokong HDR10+. Kamera selfie 16MP juga disertakan.

Selain itu, Mi 11 Lite 4G akan hadir dengan pemproses Snapdragon 732G manakala Mi 11 Lite 5G akan hadir dengan pemproses Snapdragon 780G yang pertama kali digunakan.

Dalam pada itu, Mi 11 Lite 4G akan ditawarkan dengan 6GBRAM jenis LPDRR4X manakala storan dalaman adalah 64GB atau 128GB jenis UFS 2.2.

Bagi Mi 11 Lite 5G pula, ianya ditawarkan didalam kapasiti 6/128GB atau 8/128GB yang mana jenis RAM adalah LPDRR4X dan storan dalaman jenis UFS 2.2

Beralih kepada bateri, Xiaomi Mi 11 Lite ini tampil dengan bateri berkapasiti 4,250mAh dengan pengecasan 33W.

Xiaomi Mi 11 Lite 4G akan hadir didalam tiga warna iaitu Boba Black, Peach Pink dan Bubblegum Blue.

Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April ini (8/128GB) pada harga RM 1,119 di Mi Authorized Store dan 500 pembeli pertama akan menerima Mi Ionic Hair Dryer (RRP: RM179), Mi True Wireless Earbud Basic 2 (RRP: RM89) dan Mi Watch Lite (RRP: RM249) secara percuma.

Harga bagi Xiaomi Mi 11 Lite 5G adalah €369 atau sekitar RM 1,803 namun buat masa ini harga rasmi di Malaysia masih belum diketahui.

Xiaomi Mi Smart Band 6 kini rasmi – Skrin Fullscreen AMOLED, Bacaan SpO2 dan 30 mod kecergasan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.