Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Smart Band 6 kini rasmi – Skrin Fullscreen AMOLED, Bacaan SpO2 dan 30 mod kecergasan


Seperti yang kami laporkan, Xiaomi juga telah melancarkan Mi Smart Band 6 ke pasaran global dan ianya tampil pada harga penjualan yang amat kompetitif.

Xiaomi Mi 11 Ultra kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan teknologi Kamera terbaik di Carta DxOMark

Xiaomi Mi smart Band 6 menampilkan skrin paparan Full Screen AMOLED yang berukuran 1.56-inci dan ianya adalah 50% lebih besar berbanding skrin paparan Mi Smart Band 5.

Skrin paparan ini juga mempunyai resolusi 152 x 486 piksel dengan kepadatan piksel 326ppi.

Selain itu, Mi Smart Band 6 juga menawarkan bacaan SpO2 selain bacaan kadar degupan jantung 24/7.

Pada bahagian bateri, Mi Smart Band 6 menawarkan kapasiti bateri 125mAh yang sama seperti pada generasi lalu dan ianya menjanjikan sehingga 14 hari pengunaan.

Xiaomi Mi 11i dan Mi 11 Lite kini rasmi – Mi 11 Lite tiba di Malaysia 6 April pada harga RM 1,199

Bercakap mengenai kecergasan, Mi Smart Band 6 menawarkan 30 mod kecergasan yang mana 6 daripadanya akan dikesan secara automatik dan jam kecergasan ini juga menyokong kalis air 5ATM.

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan didalam beberapa warna tali silikon iaitu Black, Orange, Yellow, Olive, Ivory dan Blue.

Harga penjualan Mi Smart Band 6 adalah €44.99 atau sekitar RM 219.

Harga rasmi Mi Smart Band 6 di Malaysia masih belum diumumkan namun ianya mungkin lebih rendah dari harga di Eropah.

Selain itu, Xioami juga turut memperkenalkan Mi Smart Projector 2 Pro pada harga €999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.