Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Lakaran Huawei P50 mendedahkan reka bentuk panel belakang yang unik

Gambar Lakaran Huawei P50 mendedahkan reka bentuk panel belakang yang unik 1

Gambar Lakaran Huawei P50 mendedahkan reka bentuk panel belakang yang unik 2
Kita sudah memasuki bulan April namun sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai pelancaran siri Huawei P50.

Walaubagaimanapun, imej berkualiti tinggi Huawei P50 yang telah dihasilkan oleh Waqar Khan berdasarkan skematik dan maklumat awal telefon pintar ini.

Gambar Lakaran Huawei P50 mendedahkan reka bentuk panel belakang yang unik 3

Huawei P50 dan Huawei P50 Pro dilihat akan mempunyai reka bentuk panel kamera yang sama iaitu dua bulatan kamera yang besar dan setiap bulatan ini mempunyai dua sensor kamera.

Gambar Lakaran Huawei P50 mendedahkan reka bentuk panel belakang yang unik 4

Selain itu, Huawei dijangka akan memperkenalkan tiga varian iaitu Huawei P50, Huawei P50 Pro dan Huawei P50 Pro+ dengan dua daripada telefon pintar ini dijangka akan tampil dengan sensor Sony IMX800.

Selain itu, Siri Huawei P50 akan hadir dengan cipset Kirin 9000 dan menjadi telefon pintar pertama untuk hadir dengan sistem operasi HarmonyOS.

Gambar Lakaran Huawei P50 mendedahkan reka bentuk panel belakang yang unik 5

Pelancaran rasmi siri Huawei P50 dikatakan akan berlangsung lewat bulan April atau Mei 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.