Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Oppo Enco X – TWS Premium Yang memiliki ANC dan 25 jam pendengaran muzik

Oppo EnSeperti kebanyakkan pengeluar telefon pintar lain dipasaran, Oppo turut tidak mahu ketinggalan didalam mengembangkan portfolio produk mereka yang kini merangkumi peranti wearable seperti Oppo Watch dan TWS Oppo Enco X.

Oppo Enco X adalah sebuah peranti audio yang telah dibangunkan bersama Dynaudio, syarikat audio terkemuka Denmark yang telah ditubuhkan pada 1977.

Produk audio terbaru daripada Oppo iaitu Enco X kini telah disahkan untuk pasaran Malaysia dan ianya ditawarkan pada harga RM 699 yang meletakkanya sebagai antara TWS premium dipasaran.

Oppo Enco X dilancarkan ke pasaran untuk memecah dominasi Apple AirPods Pro, adakah Enco X mampu memberikan persaingan kepada TWS premium lain dipasaran?, baca ulasan Oppo Enco X kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Buka Kotak Oppo Enco X

Kebanyakkan TWS dipasaran biasanya hadir didalam satu kotak yang kompak namun lain pula ceritanya pada Oppo Enco X.

Kotak luar Oppo Enco X

Ianya tampil didalam kotak berwarna putih dibahagian luar dan didalam kotak ini terdapat satu lagi kotak didalam warna hitam dengan kemasan yang premium.


Didalam kotak, anda akan menerima dua buku mengenai Oppo Enco X iaitu Safety Guide yang memberikan anda maklumat keselamatan dan cara penjagaan TWS ini manakala Quick Start Guide memberikan anda panduan mengenai pengunaan Oppo Enco X.

Pada kotak ini, anda boleh lihat dengan jelas logo Oppo dan Dynaudio selain ciri-ciri utama Oppo Enco X yang disenaraikan dibahagian belakang.

Beralih kepada Oppo Enco X, ianya ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih didalam kemasan berkilat dan terdapat logo Oppo dibahagian atas manakala logo Dynaudio diletakkan dibahagian belakang yang berhampiran dengan engsel bukaan yang diperbuat daripada besi.


Pada bahagian hadapan bekas pengecasan terdapat lampu indikasi LED manakala pada bahagian sisi terdapat butang butang fungsi selain slot pengecasan USB-C dibahagian bawah.


Earbuds Oppo Enco X ini juga hadir dengan kemasan yang berkilat dengan berat hanya 4.8gram setiap satu.

Didalam kotak juga terdapat dua saiz eartip iaitu saiz S dan saiz L manakala saiz M telah siap dipasang pada TWS Oppo Enco X.

Selain itu, anda juga dibekalkan satu kabel USB-C namun ianya hadir didalam warna putih dan Oppo Enco X juga menyokong pengecasan tanpa wayar.

Reka Bentuk

Oppo Enco X hadir dengan reka bentuk yang sangat kompak dan pemakaian untuk tempoh panjang dijangka tidak menjadi masalah.

Selain itu, eartip silikon yang digunakan bersama Oppo Enco X juga lembut dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi.

Untuk memastikan saiz earbuds yang sesuai untuk anda , Oppo Enco X juga ujian Earbuds Fit Test dan ini juga memastikan anda menikmati pengalaman audio terbaik dari TWS Oppo ini.

Selain itu, kedua-dua sisi earbuds Oppo Enco X juga mempunyai bahagian sesentuh sensitif yang boleh digunakan untuk mengaktifkan beberapa fungsi dengan lebih mudah.

Sepanjang pengunaan kami, Oppo Enco X juga dilihat tidak mudah tercalar dan hal ini demikian hanya bagi earbuds manakala kotak pengecasan dilihat lebih mudah tercalar.

Oppo Enco X juga turut mempunyak satu lagi ciri yang dilihat penting pada TWS iaitu kalis air dan habuk dengan pensijilan IP54 yang bermaksud anda boleh memakainya ketika melakukan aktiviti kecergasan.

Perhubungan

Oppo Enco X hadir dengan Bluetooth 5.2 yang memberikan anda jarak perhubungan sehingga 10 meter dan ianya boleh digunakan bersama peranti Android mahupun iOS.

Walaubagaimanapun, pengalaman yang lebih baik boleh dinikmati apabila anda menggunakan Oppo Enco X bersama peranti Oppo yang lain atau paling tidak bersama peranti Android kerana anda boleh menggunakanya bersama aplikasi Hey Melody yang memberikan anda lebih banyak akses kepada tetapan Enco X serta ujian Earbuds fit.

Jika dengan peranti iOS, anda hanya dihubungkan melalui sambungan Bluetooth manakala navigasi dan tetapan bergantung sepenuhnya pada pad sesentuh di kedua earbuds.

Ini juga bermaksud anda tidak dapat mengemaskini perisian pada earbuds ini.

Antara fungsi yang ditawarkan pada bahagian touch control ini adalah :

Double Tap – memainkan lagu pada trek seterusnya

Touch & Hold selama 1 saat – aktifkan mod Max Noise Cancellation atau Transparency

Naikkan/Turunkan kelantangan muzik – slide ke atas atau bawah pada mana-mana earbuds.

Oppo Enco X tampil dengan 4 mod pembatalan bunyi seperti berikut :

Transparency- membenarkan anda mendengar bunyi dan suara sekeliling

Max Noise Cancellation- mod ini menyingkirkan bunyi bising luar yang kuat seperti bunyi enjin kapal terbang dan kereta api.

Noise Cancellation- mod ini untuk menyingkirkan bunyi yang lebih perlahan seperti di pejabat atau kafeteria yang memberikan anda pendengaran lebih selesa.

Noise Cancellation Off – mod ini tidak mempunyai sebarang kesan pembatalan bunyi.

Bateri

Oppo Enco X menawarkan sehingga 25 jam pengunaan dengan pengecasan penuh pada earbuds dan bekas pengecasan iaitu pada kadar bunyi 50%.

Walaubagaimanapun, jika ANC diaktifkan, waktu pengunaan Oppo Enco X akan berkurang kepada 5 jam sahaja iaitu dengan bateri pada earbuds manakala dengan bekas pengecasan yang mempunyai bateri berkapasiti 535mAh, anda boleh menikmati sehingga 20 jam pengunaan.

Bercakap mengenai pengecasan, Oppo Enco X boleh dicaj melalui kabel USB-C yang dibekalkan atau ianya juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.

Pretasi Audio

Oppo Enco X tampil dengan pemacu 11mm dynamic dan 6mm balanced membrane pada setiap earbuds dan ianya menawarkan pembatalan bunyi dan sokongan LHDC iaitu Low Latency High-Definition Audio Codec namun hanya tiga telefon pintar dipasaran yang menyokong LHDC dan ketiga-tiganya adalah telefon pintar keluaran Oppo (Find X2, Find X2 Pro dan Find X3 Pro 5G).

Walaubagaimanapun kami tidak mempunyai telefon pintar yang menyokong LHDC namun pengalaman audio yang kami nikmati dari Enco X adalah sangat baik.

Dalam pada itu, ANC pada Enco X juga dilihat mampu membatalkan bunyi bising namun masih ada bunyi luar yang boleh didengar namun ini tidak terlalu mengganggu pengalaman muzik kami.

Kadar latensi pada Enco X adalah sesuatu yang masih boleh diterima, pada tontonan video di YouTube ada sedikit latensi audio yang kami dapat rasakan dan ianya juga sama ketika kami mencuba untuk sesi gaming.

Enco X juga hadir dengan sambungan Bluetooth 5.2 dan Binaural Low-Latency Bluetooth Transmission yang sudah pastinya mengurangkan kelewatan audio dan meningkatkan penyegerakan antara audio dan visual yang dimainkan pada skrin.

Beralih kepada panggilan pula, Oppo Enco X mampu memberikan anda kualiti panggilan yang sangat terang dan lancar tanpa sebarang isu.

Kerjasama dengan Dynaudio dilihat telah membuahkan hasil yang baik dari segi muzik dan juga kualiti panggilan.

Penutup

Secara keseluruhanya, Oppo Enco X adalah sebuah peranti TWS premium yang sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Walaubagaimanapun kami sedikit kecewa dengan fungsi Touch Control yang sedikit susah untuk digunakan dan ketiadaan informasi tetapan melalui suara ketika membuat tetapan diubah juga sedikit mengelirukan kami.

Selain itu, sedikit mengecewakan adalah ketiadaan aplikasi HeyMelody bagi peranti iOS yang menyingkirkan pengguna ini daripada akses kepada tetapan Touch Control dan kemaskini perisian.

Oppo Enco X kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 dan anda boleh mendapatkanya di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.