Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok pra-tempahan bagi Oppo Find X3 Pro di Oppo Brand Store dan 15 My OPPO Space habis dijual

Stok pra-tempahan bagi Oppo Find X3 Pro di Oppo Brand Store dan 15 My OPPO Space habis dijual 3
Selang 10 hari selepas pelancaran rasmi di Malaysia, Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa stok bagi pra-tempahan Oppo Find X3 Pro telah habis di Oppo Brand Store dan di 15 My OPPO Space.

Oppo Find X3 Pro 5G adalah telefon pintar flaghsip terbaru syarikat ini dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 4,299

Jika anda masih berminat untuk mendapatkan Oppo Find X3 Pro, masih ada stok yang ditawarkan melalui stor rasmi Oppo di Lazada atau melalui rakan telko seperti Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile namun sangat terhad.

Jika anda ingin mencuba sendiri Oppo Find X3 Pro, anda boleh mengunjungi 15 My OPPO Space atau Oppo Brand Store di seluruh negara.

Pra-tempahan Oppo Find X3 Pro akan berakhir pada 8 April ini iaitu didalam masa 5 hari sahaja lagi.

Berikut adalah hadiah yang akan diterima dengan pra-tempahan Oppo Find X3 Pro :

  • 1 unit Oppo Enco X
  • wireless charger
  • phone case kevlar
  • 1 tahun tambahan waranti & perlindungan skrin
  • percuma langganan HeyTap Cloud 1TB untuk satu tahun

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.