Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 Ultra, Mi 11 Pro dan Mi 11 Lite akan dilancarkan pada 29 Mac ini


Xiaomi  telah mengumumkan satu majlis pelancaran global akan berlangsung pada 29 Mac ini dan ianya dikatakan akan menjadi pentas pentas beberapa lagi model didalam keluarga flagship Xiaomi Mi 11.

Pelancaran ini akan menyaksikan Xiaomi memperkenalkan Mi 11 Pro, Mi 11 Lite dan Mi 11 Ultra.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi 11 Ultra, akaun Weibo rasmi Xiaomi telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 11 akan hadir dengan sensor kamera Samsung GN2 50MP.

Selain itu, Xiaomi Mi 11 Ultra juga akan hadir sensor ultrawide 48MP dan sensor persikop 48MP yang menawarkan 5x zoom optikal serta 120x zoom digital.

Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton majlis pelancaran ini yang akan berlangsung pada 29 Mac ini bermula jam 7.30 malam di Facebook Xiaomi Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.