Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi – telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP

realme secara rasminya telah melancarkan realme 8 Pro dan realme 8 yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Kedua-dua realme 8 Pro dan realme 8 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 60Hz berukuran 6.4-inci selain touch sampling rate 180Hz.

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 15
realme 8 Pro

realme 8 Pro adalah model yang mencuri tumpuan kerana ianya menjadi telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP namun cipset dalaman menyaksikan realme 8 Pro kekal menggunakan cipset Snapdragon 720G.

Dari segi RAM, realme 8 Pro ditawarkan didalam dua kapasiti RAM iaitu 6 atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB dan terdapat slot microSD.

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 16

Sebab utama anda patut mempertimbangkan realme 8 Pro adalah kerana kameranya, telefon pintar ini hadir dengan sensor 108MP Samsung HM2.

Sensor utama ini juga dipadankan dengan sensor biasa yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar realme lain dipasaran iaitu sensor Ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 17
Beralih kepada bateri, realme 8 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan adapter pengecasan 65W namun kadar pengecasan maksima yang ditawarkan telefon pintar ini adalah 50W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 47 minit.

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 18

realme 8

realme 8 juga menggunakan skrin paparan Super AMOLED 60Hz berbanding skrin IPS LCD 90Hz pada realme 7.

realme 8 hadir dengan cipset MediaTek Helio G95 yang sama seperti pada realme 7 dan tetapan kamera juga adalah sama seperti realme 7 iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP namun rakaman video 4K hanya ditawarkan pada realme 8 Pro.

Beralih kepada bateri, realme 8 menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W Dart Charge (0-100% dalam masa 65 minit).

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 19

Dalam pada itu, cip MediaTek Helio G95 juga dipadankan dengan 3 kapasiti RAM iaitu 4,6 dan 8GB manakala storan dalaman kini bermula dari 128GB.

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 20

Selain itu, realme 8 Pro dan realme 8 kini menyokong sensor capjari terbina dalam skrin dan Always On Display.

realme 8 Pro dan realme 8 kini rasmi - telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP 21
realme 8 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Cyber Silver dan Cyber Black pada harga seperti berikut:

realme 8 4+128GB, INR 14,999 (RM 853)

realme 8 6+128GB, INR 15,999 (RM 910)

realme 8 8+128GB – INR 16,999 (RM 967)

realme 8 Pro pula ditawarkan didalam tiga warna iaitu Illuminating Yellow, Infinite Black dan Infinite Blue pada harga seperti berikut :

realme 8 Pro 6+128GB INR 17,999 (RM 1,024)

realme 8 Pro 8+128GB INR 19,999 (RM 1,137)

Pelancaran realme 8 Pro dan realme 8 mungkin berlangsung di Malaysia bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.