Poco F3 dan Poco X3 Pro kini rasmi dengan Cip Snapdragon 870 5G dan panel AMOLED E4 120Hz pada harga flagship killer
Poco secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Poco F3 dan Poco X3 Pro yang telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia mulai penghujung bulan ini.
Poco F3
Poco F3 adalah telefon pintar flagship yang hadir dengan skrin paparan AMOLED E4 berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan skrin ini juga menampilkan satu kamera selfie pada lubang paling kecil dipasaran iaitu hanya 2.76mm.
Skrin paparan Poco F3 ini juga mempunyai pensijilan HDR10+ dengan fungsi True Display dan True Color yang turut dilindungi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 dibahagian hadapan dan belakang.
Beralih kepada bahagian dalaman, Poco F3 tampil dengan pemproses Snapdragon 870 5G, 6 atau 8GB RAM jenis LPDRR5 manakala storan dalaman adalah 128 atau 256GB jenis UFS 3.1.
Selain Poco F3 juga tampil dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor telemakro 5MP. Kamera selfie adalah 20MP.
Poco F3 juga memiliki bateri berkapasiti 4,520mAh dengan pengecasan pantas 33W, teknologi penyejukan LiquidCool 1.0, MIUI 12 for Poco yang berasaskan Android 11 dan sensor capjari sisi.
Lain-lain spesifikasi Poco F3 adalah IR Blaster, Hi-res audio dengan Dolby Atmos, X-axis linear motor dan Wi-Fi 6.
Poco F3 akan ditawarkan di Malaysia pada 27 Mac ini dengan harga penjualan RM 1,399 bagi versi 6/128GB dan RM 1,699 bagi versi 8/256GB.
POCO F3 akan hadir didalam tiga warna iaitu Arctic White, Night Black dan Deep Ocean Blue.
Selain itu, sempena jualan pertama pada 27 Mac di Lazada , Poco Malaysia akan menawarkan Poco F3 pada harga yang lebih berpatutan iaitu RM 1,299 bagi versi 6/128B dan RM 1,499 bagi versi 8/256GB.
Beli Poco F3 di Xiaomi Official Store Global di Lazada
Telefon pintar kedua yang diperkenalkan oleh Poco adalah peranti midrange Poco X3 Pro yang tampil dengan pemproses Snapdragon 860 yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar 4G paling berkuasa dipasaran.
Poco X3 Pro tampil dengan skrin paparan FHD+ DotDisplay berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 6.
Selain itu, cip pemprosesan Snapdragon 860 ini juga dipadankan dengan dua kapasiti RAM jenis LPDDR4X iaitu 6 atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128 atau 256GB jenis UFS 3.1.
Beralih kepada kamera pula, Poco X3 hadir dengan kamera yang sama seperti Poco F3 namun dengan tambahan satu kamera depth 2MP manakala kamera telemakro 5MP diganti dengan kamera makro 2MP. Kamera selfie adalah 20MP.
Poco X3 Pro menampilkan bateri yang sangat besar iaitu 5,160mAh dan terdapat pengecasan pantas 33W didalam kotak.
Lain-lain spesifikasi Poco X3 Pro adalah IR Blaster, Z-axis linear motor, sensor capjari disisi, dual-speaker, MIUI 12 for Poco yang berasaskan Android 11 dan WiFi 6.
Poco X3 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 24 Mac ini pada harga RM 999 bagi versi 6/128GB manakala versi 8/256GB pula ditawarkan pada harga RM 1,299.
Walaubagaimanapun pada hari pertama penjualan (24 Mac), anda boleh mendapatkan Poco X3 Pro pada harga RM 899 bagi versi 6/128GB dan RM 1,099 bagi versi 8/256GB.
Poco X3 Pro boleh dibeli di Xiaomi Official Store Global di Shopee.